Disclaimer

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Selamat datang ke blog Rehlatul Syabab. Blog yang dicipta khas sebagai medium perkongsian kepada semua golongan masyarakat tak mengira agama, usia dan juga bangsa.

Terlebih dahulu, ana ingin membuat satu pengumuman. Blog ini asalnya nama Azhunk World, tetapi telah ditukar kepada Rehlatul Syabab pada 18 December 2013.

Tujuan ana menukar blog ini adalah kerana ingin membuat suatu perubahan daripada blog yang agak lagha kepada blog yang lebih bermanfaat. InsyaAllah.

Jadi, post-post yang terdahulu berkemungkinan agak tidak bermanfaat, tetapi ana akan simpan untuk dijadikan 'ibrah bersama.

Manakala entri yang terlampau lagha, terdedah dengan apa yang haram akan dipadam daripada blog ini.

Sebelum itu, ingin diberitahu bahawa blog ini akan diuruskan oleh 3 insan. Dua daripadanya merupakan editor yang akan menghasilkan karya-karya islamik untuk dikongsi bersama.

Terima kasih kepada anda semua kerana sudi mengunjungi blog yang serba sederhana ini.

Salam ukhuwah, Allahu yubarriku alaikum.

Share
Tweet
Pin
Share