End of Foundation

by - October 27, 2016

Alhamdulillah.

Terharu bila kenang balik 'moments' ketika berada di Pusat Asasi UIA sejak dari semester pertama hinggalah ke penghujung semester.

Segalanya bermula dengan 'menukar program', ya, aku ada cerita dalam entri sebelum ni, aku berjaya tukar program asasi dengan bantuan abang dan izin Allah. Tapi masih panjang lagi perjalanan yang harus aku lalui, jadi tak ada gunanya nak berasa lega sekarang.

Ape-ape pun aku tetap bersyukur sebab Allah dah izinkan aku masuk UIA. Sejujurnya, aku sendiri pun tak tahu apa beza UIA dengan pusat pengajian yang lain, yang penting, aku bahagia di sini.

Sebelum aku melencong berceloteh benda lain, kita kembali ke topik utama entri ni. "End of Foundation", secara unofficialnya, aku dah berjaya habiskan asasi selama 1 tahun setengah di CFS IIUM Gambang dan CFS IIUM PJ. Kenapa unofficial? Mungkin sebab keputusan peperiksaan semester lepas belum keluar lagi, jadi bagi aku, aku masih lagi 'terikat' dengan UIA :').

Dekat UIA, banyak memori yang telah tercipta bersama sahabat-sahabat. Aku ada ramai sahabat-sahabat di UIA. Ada yang kawan dari sekolah menengah, ade yang kenal dari semester pertama, ada juga yang baru saja kenal sewaktu semester terakhir!

Entri kali ini, aku tak nak cakap banyak *sebab tak ada idea sebenarnya*, jadi aku nak belanja gambar-gambar bersama lecturers tersayang di UIA!

Kelas Inggeris dengan Miss Farah

Kelas ICT dengan Madam Rohayah

Kelas Chemistry dengan Madam Rosmaya

Kelas RKA dengan Miss Ezny

Kelas Biology I dengan Miss Siti Hajar

Kelas Chemistry II dengan Madam Saadiah

Kelas Physic I dengan Madam Siti Munirah

Kelas LAB BIO dengan Madam Nurulhidayati

Kelas LAB CHEMISTRY dengan Miss Syajaratul

Kelas LAB PHYSIC dengan Sir Wan Syahrum

Kelas STATISTIC dengan Miss 'Afifah


Sebenarnya ada banyak lagi gambar, tapi tak jumpa taruk mana. Will be updating em' soon :)

P/S: Doakan aku supaya dapat keputusan peperiksaan yang cemerlang untuk semester ni ye. Result keluar 1 November 2016, *Dup Dap Dup Dap*!



You May Also Like

0 comments