Cara Nak Baiki Virus Shortcut Di Pendrive

by - September 17, 2016

Pernah tak tiap kali nak transfer worksheets via pendrive, bukak je pendrive, worksheets/files dah TAKDE, yang ade shortcut je memanjang?


Bila nak bukak shortcut tu, tak jadi pulak. What is happening? 

Scan pendrive guna antivirus 

"No threat found!"

Then, how come tiba-tiba files boleh hilang?

Ya! Pendrive kamu dah terkena jangkitan 'virus shortcut'. But no worry! Files dalam tu semua selamat je. 

Cuma virus ni degil and nakal, saje nak main 'hide and seek' dengan korang.

Without wasting time, ayuhhh tengok tutorial yang saya sediakan. 

1. PADAM VIRUS/SHORTCUTS

Cara yang pertama, kena hapuskan segala shortcuts yang ada dalam pendrive. Tapi, bukan hanya dengan menekan butang "delete" di keyboard "qwerty" je, tapi ade cara khusus untuk ensure that korang akan buat full cleaning.

Aku sarankan software UiTM Virus Shortcut Remover. Cari je dekat Google, belambak. By the way, aku dah sediakan download di bawah, tekan link di bawah ya.


Cara nak guna? Boleh follow steps di dalam gambar di bawah:

Masukkan pendrive ke dalam laptop/komputer.

Boleh bukak aplikasi "UiTM Virus Shortcut Remover", 

Tekan pendrive


Pilih pendrive korang, cara nak tahu alphabet dia ada dekat gambar bawah

Boleh pergi "My Computer" atau "This PC", Huruf tu lah alphabet pendrive (taktahu term yang betul)


Dah bilik, tekan scan >> delete virus yang dah dilist dalam bulatan merah tu

2. MUNCULKAN BALIK HIDDEN FILES

Baiklah, sekarang, pendrive korang dah cuci dari virus-virus nakal tu. Boleh teruskan langkah seterusnya untuk dapat balik files yang telah disorokkan oleh virus Shortcut.

Buka "Command Prompt", disarankan right click dan "Open as administrator".


Lepas tu, masukkan je code di bawah

attrib -h -r -s /s /d f:\*.*



Huruf merah tu, tukar according tu nombor alphabet pendrive korang. Setelah masukkan kodnya, tekan enter dan InsyaAllah file akan muncul balik dalam folder "Drive". 

SELAMAT MENCUBA!


You May Also Like

0 comments