Welcome to CFS IIUM Gambang!

by - October 13, 2015

First of all, undoubtedly entri kali ini agak outdated. Mana tak nyer, tak habis satu sem, baru nak post dekat blog.

No matter what, it is still story of mine, so I have to key them in here.

Ini sambungan kisah pertukaran course. Ye, aku berjaya tukar course daripada Allied Health Science kepada course yang memang dah lama aku impikan, iaitu course Perubatan.
#NotaBukuLali : Tukar course di ASASI ye, bukan KULIYYAH (Degree). Haha, kira aku ni masih dalam aliran sains lagi. Subjek pun sama je.

Baiklah, tanpa berlengah-lengah, aku belanja korang gambar bilik aku yer. Before that, suka untuk aku beritahu, aku amat berpuas hati dengan fasiliti khususnya bilik yang disediakan di Gambang ni.

Perbezaan bilik dia :

CFS UIA Petaling Jaya (Mahallah Abu Bakr)
- Sebilik, empat orang
- Katil double decker
- 2 Plug sahaja
- Locker luas 2 kaki persegi sahaja
- 1 meja study panjang
- 1 Kipas
- 2 Lampu








Bersepah! Waktu ni tengah sibuk nak kemas barang sebab nak pindah ke Gambang...


CFS UIA Gambang (Mahallah al-Biruni)
- Sebilik, empat orang (setiap orang ada compartment sendiri, so empat compartments satu bilik)
- Di setiap compartment, disediakan 2 plug
- Di setiap compartment, 1 meja study
- Di setiap compartment, 1 softboard
- Di setiap compartment, 1 lampu study, 1 lampu compartment
- Di setiap compartment, 1 kipas



Masuk-masuk je CFS UIA Gambang, nampak masjid ni. Terus kagum.


Ni Mahallah al-Biruni


Bilik kesayangan, nilah compartment aku. Compartment A

Locker dia takde lah besar sangat, tapi not bad laaa.. muat je barang2 aku



Speechless




Ala-ala tempat nak sempat personal item gitu haha!







Itulah kisah Gambang. Tak lupa juga, aku ni boleh dikatakan early bird jugak dekat sana. Sebab batch kami batch ke 3/4 if I'm not mistaken. Bangga* hehe.









You May Also Like

4 comments