Valentine? Hurm...

by - February 14, 2015

Seperti semua maklum, 14 Februari merupakan sambutan Hari Valentine. Aku rasa semua dah tahu kan? Mesti korang awal-awal lagi dah di'informed' di News Feed Facebook tak kira dari non muslim user mahupun muslim user sendiri.

Maksud dan apa itu Valentine Day?

Seperti yang aku tahu, Valentine Day ini merupakan suatu hari untuk menunjukkan penghargaan, cinta dan kasih sayang kepada orang yang tersayang. Aku tak pasti apa yang dimaksudkan oleh 'orang yang tersayang'. Sama ada keluarga? Kawan? Boyfriend Girlfriend? or Isteri/Suami? Wallahu a'lam.

Memang tak salah nak tunjukkan kasih sayang semua. Tapi if I'm not mistaken. Having a sex during Valentine Day merupakan salah satu cara nak tunjukkan kasih sayang kepada pasangan. Tak tahu pulak Sex yang macam mana. Yang halal(dah kahwin) ke haram(zina).

Sebagai bukti, analisis menunjukkan peratusan pembelian kondom meningkat tiap kali masuk bulan Februari every year in Malaysia.

Aku tak cakap ianya suatu kesalahan nak sambut persayaan SEPERTI Valentine Day bagi pasangan suami isteri yang sah. Aku bukan pemberi hukum, maaf. Tapi kan lagi elok kalau intipati dalam perayaan Valentine dipraktikkan hari-hari? Maksudnya, pasangan suami isteri tak perlu tunggu 14 Februari untuk menghargai pasangan anda. Buat hari2 lagi bagus. Lagi sweet kan?


Menurut sejarah, terdapat beberapa sempena hari Valentine ini. Ada yang mengatakan sambutan ini bersempena dengan terbunuhnya seorang Paderi Kristian yang komited terhadap agamanya bernama Valentine. Dia dibunuh oleh Maharaja Claudius II Gothicus pada tahun 270M. Dalam lagenda, dikatakan St. Valentine telah jatuh cinta dengan anak Maharaja tersebut dan sebelum dihukum bunuh, dia telah menulis sepucuk surat yang termaktub padanya, " from your Valentine". Dilaporkan juga, hari Valentine berasal daripada satu perayaan kuno yang disambut di Rom iaitu Perayaan Lupercalia. Perayaan ini dirayakan kerana menyambut kedatangan musim bunga dan antara upacara utamanya ialah menguji tahap kesuburan wanita, di mana lelaki akan dicabut undi dan sesiapa yang terpilih akan melakukan hubungan seks dengan wanita yang ditetapkan.

Pada akhir abad ke-5M, Pope Gelasius I menggantikan Perayaan Lupercalia dengan Hari St. Valentine. Ia kemudiannya disambut sebagai hari percintaan bermula pada abad ke-14M. Kini hari Valentine bukan sahaja disambut di negara Barat atau penganut agama Kristian sahaja, bahkan seluruh dunia turut meraikannya. Pasangan kekasih menunggu-nunggu tarikh keramat 14 Febuari bagi merayakan hari kekasih ini. Ia dianggap hari istimewa bagi menunjukkan cinta kepada pasangan masing-masing.

Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/blog/menyambut-valentines-day-halal-haram

Wallahu a'lam kesahihannya.

Tapi walau bagaimanapun, perayaan Valentine Day terbukti HARAM dan disahkan oleh majoriti ulama.

Kenapa haram? Sebab ianya related to Christian. Bagi yang beragama Kristian. Aku hormat Hari Valentine bagi korang yang sudah berkahwin, :)

Tapi lagi elok semua hargai pasangan tak kira masa/tempat kan? 

Wallahu a'lam.

You May Also Like

1 comments