Takeru, Aku Mohon Maaf

by - February 13, 2015

Aku nak inform awal-awal, entri ini khas buat sahabat aku. Aku dah takde cara lain nak contact dia. Facebook aku, dia dah block. Mesej fon, xreply.

Takeru? Bukan nama sebenar. InsyaAllah empunya diri akan tahu kenapa takeru.

Takeru, sewaktu aku kat KISAS, aku sokmo ingat mun. Tiap kali aku naik bas on the way home, aku akan sedih. Sedih sebab aku teringat, kenapa aku sanggup tinggalkan mun untuk pergi ke KISAS.

Selain daripada keluarga, munlah orang terpenting dalam hidup aku. Aku tak pernah jumpa seseorang hak memahami aku macam mun. Aku tak pernah jumpa orang hak sentiasa jaga hati aku.

Aku tahu, mun mungkin menyampah baca cerita aku. Tapi aku nok jugok cerita.

Masa hari terakhir di KISAS, aku dah terbayang suasana dekat rumah.

Nak jalan-jalan rumah mun.
Tidur rumah mun/Mun tidur rumah aku.
Buat lesen Kereta/Motor sama-sama.
Kerja sama-sama.
Buat street dakwah.
Sama-sama mendalami ilmu ICT/Video/Multimedia.

Aku happy sangat! Lebih2 lagi mun menang LRK. Aku rasa bangga sangat. Aku akui, mun memang terbaik dalam pembikinan video/short film.

Sampai je rumah, aku terus contact mun. Unfortunately, panggilan aku xpernah dijawab. Mesej aku tak ter'reply'. Aku fikir, "Mungkin sebab handset dia kene curi, jadi tak ada medium untuk aku contact dia". Ok fine. Aku ada jugak terfikir nak pergi rumah mun, tapi tak tercapai sebab takde transport. Motor takde, kereta pulak tak mampu nak dipandu. Mak Ayah semua sibuk.

Sampailah suatu masa, aku dapat mesej dari mun. Aku happy sebab mungkin mun dah boleh contact aku. Cepat2 aku bukak.

"Assalamualaikum azhan, aku nak mintak maaf for everything yg aku buat k mung sepanjang kito bkawan. Aku tahu mung mesti sakit hati sangat2 kan dengan aku. I have to do this, bukan aku lupa mun, aku ingat mun sampai bila2.Aku rasa aku bukan kawan yang terbaik untuk mung. Mung pergilah cari kawan yang lain yang lagi baik. Aku tahu mung ramai saen dok supo aku. Aku rasa sampai sinilah, aku nak mun lupakan aku, anggap aku ni tak pernah wujud dalam hidup mun. Halalkan makan minum aku mase aku g umah mung. Sekali lagi, maafkan aku. Assalamualaikum."

Mula2 aku gelak dulu, aku ingatkan ini satu prank. Aku try call, mun tak angkat. Terus 'ego' aku pun datang. Aku hantar lah msj hak sangat menyakitkan hati :'( Aku express semua hak aku pendam.

Kita straight to the point jela Takeru, aku nak mintak maaf. Munlah kawan terbaik untuk aku. Aku tak kisah mun ni macam mana, kata-kata aku terhadap mun semua dusta. Semua kata-kata negatif sebenarnya aku tipu. Aku ni ego.

Sekarang ni aku takde kawan. Aku takut nak cari saing. Sebab aku tahu, takkan ada saing hak boleh terima who am I like you did.

Aku harap, lepas mun baca ni, mun akan terima aku balik. Aku akan cuba terbaik untuk tak sakitkan hati mun. Kalau mun tokse terima aku pun takpa, at least tak payah block aku dekat FB. Kita tetap boleh jadi kawan biasa?

"Innamal mukminunal ikhwah"

No matter betapa rosak kita dulu, kita boleh berubah takeru. Syurga memang destinasi hakiki semua orang. Aku nak mun masuk syurga sekali dengan aku.

Uhibbuka fillah abadan abada!

You May Also Like

0 comments