Sup Gear Box!

by - February 13, 2015



Semasa mak dengan ayah dalam perjalanan balik rumah, mereka beli sepotong (sepotong eh?) kaki lembu. Boleh tahan mahal jugak, RM35.

Sampai je rumah, aku terus merungut.

"Mok, bile nok buat sup nyoo?"

Last2, pukul 2 petang tu mak aku start buat.

Sayang mak! hehe.

Nak buat sup gearbox ni bukan sekejap, ambil masa berjam2 sebab nak pastikan daging tu betul-betul lembut dan emput. Barulah tak tercabut gigi nak kunyah nanti.

Sebenarnya aku rasa cara nak masak sup gear box ni senang je kot. Aku tengok mak aku buat macam simple je. Tapi aku tak tahu pulak macam mana resipi nak buat sup gear box yang sedap lagi ummph ni

Pukul 5 petang baru masak woii, dah bising dah perut aku. Siap bunyi petir halilintar bagai.

Aku dengan starvingnya pergi amik mangkuk and tambah sedikit bahan-bahan untuk buatkan soup tu lagi special. Simple jah cara nak suruh soup gear box jadi sedap. 

Aku taruk beberapa biji lada kecik, lepastu penyek2 sikit. Bagi keluar rasa pedas yang menyengat tu! Lepastu perah separuh limau nipis nak bagi rasa masin masam. Sup kalau xde limau nipis memang sorry la, OUT terus. hehe. Lepastu letak daun bawang and bawang goreng. Memang yummy super duper delicious!


Aku melahap je 2 tongkol tulang ni. Kenyang gila..

Kalau perasan, dalam tulang tu ada macam benda lembik2 kan? Sekali tengok macam Lemak. Tu lah favorite aku. Kalau tak silap aku, itulah yang dikenali sebagai medullary cavity (ceh biologi hehe). Sedap kot, rasa macam estrak tulang!



Kalau zaman kecik2 dulu, aku akan ambik straw and sedut benda lembik tu. Ataupun guna belakang sudu je untuk korek2 keluar.

Ini je cerita yang tak beberapa menarik hehe. Soup gear box is one of my favorite dishes!


You May Also Like

0 comments