Pembunuhan Beramai Ramai!

by - February 08, 2015

Astaghfirullahalazim! 8 Februari 2015, telah dilaporkan oleh Mohamad Azhan bin Awang, pembunuhan secara pukal telah berlaku di bilik tidur Azhunk Awang. Hal ini adalah kerana berpunca daripada perbuatan mangsa-mangsa yang telah mengganggu ketenteraman suspek.

Suspek bertindak dengan kejam tetapi tidak berdosa membunuh kesemua mangsa tanpa belas kasihan! Lenyek, hancur dan habis musnah tubuh-tubuh mangsa. Hanya beberapa kepingan mangsa yang dapat ditemui setakat ini.




---------------------------------------------

Gimik je lebih. Bunuh pakai tangan je pun haha! Kejam kan?

Nak dijadikan cerita, semalam aku decided nak tidur dekat ruang tamu Aku pasang kelambu for safety. Biasalah, rumah aku kalau malam mesti ada je vampires yang datang mengganggu. Memang kenyanglah diorang datang berpesta rumah aku. Darah aku jadi habuan, darah aku kan manis haha!


Aku tersedar pukul 6 pagi tadi, WHAT THE... Guess what? ada berbelas-belas ekor vampire nyamuk yang terperangkap dalam kelambu tu. Memang syiok lah diorang duk hisap darah aku.

Buka saja lampu, aku terus pukul semua nyamuk-nyamuk tak guna tu guna tangan. Inilah hasilnya! Semuanya hancur berkecai, tinggal beberapa ekor je yang masih molek anggota badannya. Tu lah padahnya kalau terhisap mangsa yang salah :p.




Islam agama Ihsan, kita kena Ihsan terhadap semua benda hidup. Binatang, Tumbuhan, manusia and not to be excluded babi dan anjing sekalipun. Tapi kalau dalam kes macam aku ni, kita diharuskan membunuh nyamuk tu. Sebab dia membahayakan kita.

Contoh#

Tiba-tiba seekor lipan duk atas tengkuk kau, kau pun dengan selamba cakap...
Islam kan agama Ihsan, aku nak bagi tempat perlindungan kat lipan ni, nanti bolehlah dia makan daki-daki aku ni hihi..

Kepala otak kau, buat macam tu, alamatnya masuk hospitallah hehe!

Ok sampai sini ja,

You May Also Like

2 comments