First Time Pandu...

by - February 12, 2015

Alhamdulillah dapat juga progress ke step seterusnya dalam membuat LESEN setelah menangguh hampir sebulan. Sekarang ni masuk proses latihan. Yes, lesen kereta and motor sekaligus.

Motor dah selesai latihan, tunggu TEST JPJ je bulan 3 nanti.

Kereta baru 2 hari latihan.

Nak cerita sikit first day latihan kereta.

Pada pagi yang hening, aku bangun dari tidur yang nyenyak. Kelihatan adik sedang bersiap nak pergi sekolah. Pukul 8 pulak ada latihan kereta for the first time. Without wasting time, aku rush ke dapur untuk meneguk air masak (Amalan harian minum air masak sebaik bangun tidur (Y)).

Nak mandi, sejuk. Takut kene frostbite pulak. Aish, takut ni. Jadi aku decide tak mandi lagi. Aku makan sarapan yang mak aku sediakan untuk adik aku. Ummm, sedap! Tengok2 jam, DAH PUKUL 7:45 PAGI!

Aku lari macam cheetah mengejar badak sumbu ke bilik air nak mandi. Rushing punya rushing. Dah siap semua, tepat pukul 8 Pagi aku bertolak dari rumah ke Institut Memandu. Sampai kat sana 8:05 pagi, aku masuk kat depan. Ramainya budak2 beratur. Aku beratur lah jugak.

Sampai je turn aku, aku cakap

"Kak, saya nak buat latihan kereta"

Akak tu reply,

"Cikgu siapa?"

Aku bagitau,

"Cikgu Masrizal"

Akak tu dengan selamba cakap

"Cikgu Masrizal kene check in dekat belakang"

WHAT THE.... Aku lari ke belakang. dalam 8:15 minit sampai. Ade seorang pakcik ni, merupakan guru memandu jugak, dia kata..

"Eh, ni ke yang kereta no 15? Cikgu Masrizal dah tunggu lama.. Dia dah keluar dah."

Pakcik tu terus call cikgu, then pakcik tu bagitau aku...

"Cikgu Masrizal dah cari pengganti. Sebab kau lambat 15 minit. Lain kali kena datang awal...."

WAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!

Sedihnya! Punya semangat nak pergi belajar memandu. Last2, kene cancel sebab datang lambat.

Tu je nak cerita hehe. Terima kasih sudi membaca :)

You May Also Like

2 comments