Emergency Break!

by - February 01, 2015

Bagi lepasan SPM, mungkin korang sudah familiar dengan tajuk kita tu kan? Almaklumlah, ramai yang menggunakan masa yang terluang 6 bulan++ ni dengan membuat aktiviti yang berfaedah seperti membuat lesen memandu. Same goes to me.


Baiklah diringkaskan cerita, sewaktu di bengkel selama 6 jam tu, aku ditemukan dengan seorang remaja yang turut serta bengkel itu. Bengkel kereta. Dia dah ade lesen motor, akan jadi lesen C tak lama lagi. Apa tu lesen C? Nanti korang buat lesen, korang akan tau insyaAllah hehe.

Dia cerita pengalaman dia buat lesen motor. Satu kata-kata dia yang sentiasa berlegar-legar dalam kotak imaginasi aku ni.

"Paling susah adalah when nak buat emergency break. Tak kena cara memang boleh terpelanting. Serius bahaya, kena naik laju pulak tu! Tayar wajib seret tar"

Ok, aku dah start kecut perut dah! Lepas je kelas tu, aku buat Ujian berkomputer a week later. Wajib betul 42 and above untuk lulus. Kalau tak, Bayar and re-sit for the examination. Naya kau, baik kau baca buku tu daripada membazir duit!

Alhamdulillah aku buat kereta and motor dan kedua-duanya lulus. Berkat aku duk mengkaji buku teks memandu tu lah.

Motor

Kereta

Show off sikit hehe!

Baiklah, move to Emergency Break. First time buat latihan motor semalam, belajar ringan-ringan je. Cara nak drive, tukar gear etc. Naik titian sirot, pusing cone, emergency break and nombor 8 bla bla tu tak buat lagi sebab aku bagitau Cikgu yang aku tak reti drive. Aku memang tak pernah naik motor sebelum tu. First time KOT?

Balik je, hati aku gugup. Aku duk fikir, macam mana nanti nak buat emergency break? Abis semua orang aku interview. Mintak tunjuk ajar. Takut kot, rasa macam ade rama-rama dalam perut.





Ade seorang sahabat aku bernama Fattah. Aku jumpa beliau di HUSM Kubang Kerian, sambil melawat anak sedara aku sakit demam kuning (Jaundice). Dia dah buat banyak latihan motor. Aku tanya pengalaman dia.

"Macam mana eh?"
"Kau guna gear 2 at first, drive and tukar gear 3. Lepastu pecut, pusing sampai habis limit then tekan brek sekuat hati!"

OMAIGOD, pusing sampai habis minyak? bapaklah! Seram jugak hehe.

Tup tup harini dah buat semua titi, break mengejut. Alhamdulillah lepas! Best pulak tu. HAHA! Rupanya selama ni sangkaan aku salah. Benda tu semua bukannya susah pun! Seriusly sangat senang tapi agak bahaya kalau tak kena cara. Ok tu je, kepada sape2 yang tengah buat lesen, Selamat Berlesen heehe!

Let's drive legally on the road.

Jumpa di entri akan datang.

You May Also Like

0 comments