Surat Buat Penerima Tawaran ke SBP

by - January 30, 2015

Sihat tak adik2? Semoga korang semua dikurniakan kesihatan yang sejahtera ye.


Surat ni untuk adik2 yang mendapat tawaran ke SBP je. Orang terlebih umur xleh baca ye! Nanti malu pulak hahak.

First of all, tahniah kepada semua bakal pemimpin yang mendapat tawaran ke SBP. Bukan mudah tao nak dapat! Syukur kepada Allah, dah sujud syukur belom?

Bagi tak dapat tu, jangan bersedih. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kamu adalah tidak ke SBP. At least kamu xmenghadapi masalah nak buat pilihan nak pindah atau tak kan? Kalau nak pegi jugak, boleh buat rayuan. Hehe.

Baiklah, yang dapat SBP ni mesti tengah menghadapi krisis hati berbelah bagi kan?

"Nak pergi ke tak ni, dahla kawan baik aku tak dapat... Jauh pulak tu. NaJnti kalau tak tak best macam manaaa?"

Tu antara soalan2 yang sedang melayang di dalam kotak minda kamu kan?

Baiklah, aku nak pesan sedikit. Memandangkan aku lepasan pelajar SBP, ceh bajetnya. Hahak!

Rindu dekat rumah
Seriously, perasaan ni semua orang akan ada bila korang berjauhan dengan orang yang kau sayang (family). Tipulah kalau tak rindu, lainlah kalau kau memang xsuka keluarga kau... ade ke? Wallahu'alam hehe.

Realiti yang harus kau terima. Rindu itu fitrah. Ia akan membuatkan kau lagi menghargai orang yang kau rindu. Plus, nanti kau keje kahwin semua, kene berjauhan jugak dengan keluarga kan? Ke nak tido celah ketiak mak lagi? Gurau je haaha.

Bestfriend aku tak dapat/taknak pergi. Aku nak ikut dia.

Ok yang ni sangat kritikal. Aku pergi SBP pun sebab aku berjaya pujuk kawan2 aku pergi. So kiteorang pergi bersama2.

But now, after a couple of year, aku dah kurang rapat dengan dorang. Sebab apa? Bukan bergaduh, tapi sebab aku dapat kawan baru yang lagi sekepala dengan aku. Diorang tetap kawan aku walopon xserapat dulu. Kami stay on contact.

Maksudnya dekat sini, kawan hanyalah teman. Bukan tempat bergantung yang permanent, bukan permanent marker hehe. Ada masanya kita akan dapat teman baru kan? Lainlah kalau kau nak kongsi suami/isteri dengan bff kau. Tu baru friend till mariage, ops! Semua nak sama2 hahahaa... ok joking je.

Bonus pergi SBP.
SBP ni boleh dikategorikan sekolah yang menjaga prestasi. Berdasarkan pengalaman aku. Cikgu kami beri berpuluh2 buku. Semuanya disuap. Aku rasa menyesal beli past year question semua. Sebab semuanya cikgu dah buat.

Kalau korang nak akademik yang baik, insyaAllah SBP tempatnya. (Bergantung pada sekolah jugak sebenarnya).

Tapi persaingan dalam akademik memang hebat! Disebabkan semua pelajar berpotensi dikumpul dalam satu tempat, so sengitlah berbanding sekolah biasa.

Baiklah tu je kot surat sangat tak rasmi ini untuk adik2 bakal pemimpin negara yang mendapat tawaran ke SBP.

MAAF kalau ayat berterabur sebab hapdet ni guna fon je. Heehe.

Selamat membuat keputusan ye! Oh ye kalau ada nak tanya apa2 boleh tanya dekat link dibawah ye ;)

Askk

Ops, before that! Jangan lupa untuk solat istikharah! Mohon petunjuk dari Allah. And all the best.

Di mana kamu berada, kalau kamu berusaha, kamu tetap akan berjaya!

You May Also Like

0 comments