"Aiskrim Pasu" Bunga RM2?

by - January 31, 2015

RM2? Haha, lawak je. Kat kedai Eco RM2 tu ada jual pasu bunga. Sejibik macam pasu yang digunakan oleh penjual2 aiskrim pasu. Mungkin diorang guna pasu tu kot...



Ada lagi ke yang tak tahu apa tu aiskrim pasu? Benda ni tengah viral kot! Semua pakat duk upload kat instagram masing dengan caption ala-ala artis gitu.

"Having Vase Ice-Cream with my friends"
"Vase Ice-Cream for today's lunch"

err, lunch? bole lahhh.

Yang pasti, kesian dekat Tutti Frutti. Macam dah tak viral dah. Tu la, mahal sangat hehhe.

2 hari yang lepas, aku pergi ronda2 dekat pantai. Pantai Bukit Keluang lah, dekat rumah. Then, ternampak satu tompok masyarakat yang terdiri daripada muslimah-muslimah yang pakai tudung dengan baju sendat lengan pendek duk berkumpul mengeremuni sesuatu.

Aku decided nak pergi tengok, what happened? Ada orang bergaduh ke? or ade orang kene tangkap basah? well pantai kan. Port budak-budak muda buat projek. Astaghfirullah.

Ghupe-ghupenya, orang tengah beli aiskrim pasu bunga melur! Harga dia around RM4+ something je. Tak tahu lah sedap ke tidok. Aku sebenarnya nak try beli jugak, tapi punya lama tunggu "muslimah2" tu beli, sampai berjam2 tak dapat! so aku fed up lah, cancelkan niat untuk mendapatkan aiskrim pasu bunga :(

So buat sape2 yang nak beli tu, boleh berkunjung ke Pantai Bukit Keluang di Besut yer, jom sama-sama rasa haha! I'll buy it one day!

Hah! sebelum terlupa, bukan aiskrim pasu je yang ade. Banyak lagi macam dekat bawah ni haaa...






You May Also Like

0 comments