Pantai Timur Banjir Besar!

by - December 24, 2014

Nauzubillah.

Seperti biasa, musim tengkujuh akan 'menziarahi' kita semua pada penghujung tahun. Sama juga pada tahun ini.

Tetapi, tahun ni agak hebat sedikit banjirnya. Ramai orang duk upload gambar banjir masing-masing. Antara tempat yang paling teruk adalah di daerah Besut, di Gua Musang dan banyak lagi.

Sebab tulah ada doa ketika hujan, yakni

اللهم صيباً نافعاً

Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang bermanfaat.

Doa itu untuk mengelakkan kita daripada bala atau bencana yang mungkin timbul daripada hujan.

Mungkin juga ini sebagai balasan atau mungkin sebagai kifarah dosa kepada pelaku maksiat.

Sedikit gambar yang hendak di'share' dengan semua.

Mesej yang aku terima dekat whatsapp...

Kalau dengaq kuliah SYEIKH tadi memang nak nangis 😭
Nabi bila langit mendung, muka nabi berubah terus. Saidatina Aisyah tanya kenapa muka nabi berubah bila tgk langit mendung, jawab nabi sebab waktu mendung ni bala ALLAH turun.  Kesian tgk SYEIKH tadi. Mcm tak larat ja
(Syeikh demam)
SYEIKH kata langit skrg ni tahap voltan paling tinggi dah
Tunggu masa bala nak turun.
Bala, selagi tak turun, kita boleh solat hajat, mintak jangan turun


Tapi bila dah turun, kita mintak pada ALLAH, ALLAH tolak. ALLAH tk terima dah
SYEIKH kata, dia mcm nak suruh menteri kedah panggil semua rakyat kedah buat solat hajat di stadium darul aman. Doa mintak ampun. Mintak tak turun bala
Tenat dah skrg ni


SYEIKH paling takut 26,27 ni langkawi nak buat pesta
Dah pilih tarikh 26 tu tarikh bekas tsunami dulu
Org dok tahan tak bagi bala turun. Depa pi buat pesta pulak. Seolah olah dok panggil bala ALLAH turun
Tengok langit. Mendung ja. Berapa hari dah takda matahari
Awan hitam dok tahan air. Tengok langit. Taktau berapa ratus ribu tan air dok ada. Empangan langit besar, tak boleh lawan empangan kita
Kalau turun tu.. Eh, taktau la


Takut dengaq SYEIKH cerita. Ni cerita balik apa SYEIKH cakap tadi 😭
Bala ALLAH turun waktu malam, siang pagi waktu dhuha
Tengok banjir di perlis, kelantan, terengganu, pahang. Tengok kajian. Air naik waktu malam/waktu dhuha
Tafsir. Kat ayat last tafsir tu, bertakwalah kepada ALLAH dan ketahuilah hukum ALLAH itu teramatlah berat
Lepas habis tu SYEIKH cerita

Takutt 😭
SYEIKH kata baru ni puting beliung dkt sabak bernam
Tuhan tak turun dkt rumah orang
Tuhan bg dkt sawah padi.
Tengok banjir punya teruk, tak ramai sgt yg mati
ALLAH nak turun bala pun masih dia bagi rahmat
Tuhan tak kejam. Tapi manusia yg kejam terhadap diri sendiri

ALLAH takkan jadikan sesuatu itu sia sia
Mesti ada sebab kenapa ALLAH buat mcm tu
Seolah olah petanda
Tapi kalau kita masih tak paham. Masih tak sedar2, taktau laa

Mcm banjir di kelantan. Menteri kata banjir luar biasa
Tengok rantau panjang. Kereta habis hanyut mcm tsunami
Sebab apa tu? Sebab kelantan nak buat hukum hudud
Tapi ada hat orang2 yg dok tentang
Rahmat ALLAH turun dkt org baik ja
Tapi bala ALLAH turun tak kira baik jahat, semua kena 😭

Syeikh Zainul Asri
Masjid As-solihin 
23/12/2014




Haa yang ni kawan sekolah aku, mangsa banjir. Kesian dia, tahun lepas dah jadi mangsa banjir dah. Terpaksa kene tinggal dekat lain buat sementara waktu.

Ahmad Fikri namanya.. Best student sekolah. Kalau sape nak bagi sumbangan bolehlah hik3, kidding. Boleh contact instagram dia nak tahu perkembangan banjir. InsyaAllah dia upload. 
@_ahmad_fikri_



Sama sama solat hajat ya. Doakan supaya kita semua dijauhkan daripada bala terutamanya kepada orang di pantai timur.

Yang main air bah pun hati2, jangan sampai jadi tragedi.

Solat sunat taubat juga ye. 

InsyaAllah.


You May Also Like

0 comments