Kehidupan Pelajar KISAS II

by - December 22, 2014

Alhamdulillah berpeluang juga untuk update blog yang sangat aku sayangi ini.

Tanpa membuang masa, kita sambung entri terdahulu. Yang mana? Ala, yang cerita ikan keli bagai tu. Hehee, TEKAN SINI kalau nak baca.

Kalau boleh baca yang dekat link tu dahulu, baru baca sambungannya di entri ini ;).

Baiklah setelah rehat semua selama 20 minit. Aku akan kembali ke kelas. Sambung belajar.

Pada hari Isnin hingga Rabu, kami balik sekolah jam 2 petang lebih kecuali hari koko. Ala, ni rutin same je semua sekolah hik3.

Balik je, semua pelajar lelaki ataupun lebih dikenali sebagai muslimin akan berduyung-duyung menuju ke jejantas yang sangat kami 'sayang'.

Sampai je asrama, pergi DM, Dewan Makan dulu. Makanan dekat Dewan Makan KISAS sangatlah sedap. Seriously, tapi aku makan sedikit ja. Diet hehe.

Lepas makan terus je solat Zuhur dekat musolla Saidina Ali. Secara berjemaah.

Lepas solat tu free. Aku selalu amik peluang untuk tidur. Kalau xtido petang, wajib mengantuk dalam kelas. Ini tips dari sahabat aku Abdullah bin Mohd Zudin aka Dollah yang aku amalkan setiap hari hehe. Beliau juga roomate aku.

One more, yang paling bestnya, asrama lelaki berbentuk bilik. Bukan dorm. Xmacam muslimat haha. Setiap bilik ada 4 orang ahli. Satu floor ade 9 je bilik. Sangat selesa!

Masuk je Asar, bangun, solat Asar kat musolla. Kami dilarang solat dalam bilik atau dikenali sebagai musolik.

Lepas Asar ade tazkirah dan majlis ta'lim raudhatul jannah bersama sahabat2. Selalunya majlis ni akan di'lead' oleh badar atau orang yang fasih dalam agama.

Best!

Lepastu pegi minum petang dekat DM. After that, bebaslah nak beriadah ke, tido ke or whatever. Aku jenis yang tak suka beriadah. Sebab tu gemuk hehe. Sebab tu aku duk je dalam bilik. Kadang2, kunci pintu lepastu aku jogging je dalam bilik.

Sampai 6:30, kami mandi lepastu get ready pergi DM nak dinner. Siap je dinner, terus masuk Musolla Saidina Ali untuk tunggu masuknya waktu maghrib.

Amalan dan Ibadah masing2 sampailah Isyak. Kadang2 ada progran BADAR yang sangat mantap! Siap tayangan video lagi. BADAR dah ada projector sendiri hihi.

Lepas Isyak, naik bilik, tukar baju prep. Part ni aku tak suka sangat. To be honest, aku tak suka prep.

Prep dibahagikan mengikut jantina dan form.

Kalau muslimin f4, kelas prepnya dari kelas 406 sampai 412. Manakala muslimin f5 dari kelas 501 sampai 505.

Bebas je nak prep kelas mane yang dalam list tu. Aku kadang2 habiskan masa prep duk merayau2 je. Prep starts 9 o clock till 11. 2 hours long respectively.

One more, setiap batch ada tema baju prepnya sendiri. Macam batch aku, temanya warna biru. Form 4 tahun ni temanya pink, jambu haha.

Baju prep tersangatlah panas. Aisehhhh.

Balik je prep terus ke DM untuk Supper. Mee sup is my favorite, Roti red bean paling kurang digemari. Kadang2 aku sedekah je kat orang lain.

Lepas supper, free. Aku, bila time exam akan stay up late to 3 o clock in the morning. Pekena kopi dari mesin gedegang RM2 dengan Nasi Bujang RM2, bolehla stay up haha.

Kalau hari biasa, aku akan lepak, borak2 and jalan2 ke blok lain sampai jam 1/2 pagi.

Aku memang tido lambat. O wait, before that... kitaorang ada liqa al mulk bersama2 jam 11:30 malam setiap malam.

Kadang2 buat jemaah form 5 ikut blok masing2, kadang2 kumpul satu batch kat musolla. Form 4? Diorang ada program sendiri hehe >;)

Lepastu tidur. Aku jarang tidur di bilik sendiri. Tak syiokkk. Panas! Dahla kipas rosak, ada budak mengamuk pi ketuk kipas dengan penyapu sampai patah. Sapela budak tu hik2.

So I made my way to spend my nights at the musolla.

Ok sampai sini jela. Rushing sangat ni sebab penat taip guna fon haha. Laptop dah rosak ;(

Ade masa, aku tambah lagi ye insyaAllah.

You May Also Like

0 comments