Mudah Menangis?

by - May 29, 2014

Menurut kajian sains, menangis dapat membersihkan mata.

Selain itu, menangis juga dapat membawa pelbagai manfaat.

Malangnya, apabila lelaki mudah menangis ketika ditayangkan paparan yang menyedihkan, akan dianggap sebagai pondan, lembik, lembut dan sebagainya.

Yes, lembut. Sememangnya lelaki yang mudah menangis ialah lelaki yang lembut. Lembut di sini bukan bermakna dari segi fizikal, tetapi lembut hatinya.

Lembut lawannya keras bukan? ana harap kita sama-sama dapat bezakan hati yang lembut dan hati yang keras.

Sahabat ana, Fakhri (bukan nama sebenar) pernah menceritakan.

Pada hari pertama dia ditayangkan video tentang pengorbanan seorang ibu, beliau tak rasa apa-apa. Sekadar tengok sahaja. Berbeza dengan ketika beliau berumur 12 tahun, ketika ditayangkan sahaja video tentang ibu, beliau pasti menitiskan air mata menyesal.

Pada hari seterusnya beliau ditayangkan lagi video yang sedih. Beliau berasa sayu.

Dan pada kali ketiga ditayangkan video yang menghayat hati, beliau menggugurkan air mata.

"Saya rasa amat lega dan berazam ingin membuat perubahan. Mungkin sebelum ini video-video ini tidak dapat menyentuh hati saya kerana hati saya terlampau keras dek kerana banyak melakukan maksiat dimuka bumi Allah ini. Tetapi alhamdulillah akhirnya Allah membuka hati saya untuk menginsafi dan berubah".

Konklusinya, jangan malu dan takut untuk menangis. Ia membawa 1001 manfaat kepada kita.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis”

You May Also Like

0 comments