Maksiat Itu Halal

by - December 28, 2013

Ana sediakan satu cerita untuk tatapan kalian terutamanya para-para single atau yang tidak beristeri/bersuami.



"Salam, saya amat berkenan dekat awak. Saya berhasrat untuk memperisterikan awak, tapi bukan sekarang. Sebab saya masih belum bersedia, tetapi bolehkah awak jadi teman istimewa saya supaya awak boleh setia dengan saya sehingga kita diakad nanti?" Kata-kata yang dinukilkan oleh jejaka yang dikenali Syimah sebagai Arif dalam surat cinta islamiknya.
Sumber : Google

Syimah sebagai seorang ulat buku berasa amat teruja akan surat cintanya itu. Maklumlah, ini adalah surat cinta yang paling sopan yang pernah diterimanya. Surat-surat sebelum ni agak ke arah keduniaan semata-mata. Manakala surat daripada Arif ini mengingati Syimah akan agama.

Lalu Syimah mengorak langkah dengan memberi lampu hijau kepada Arif, tetapi disertai beberapa syarat bagi membezakan percintaan mereka dengan couple-couple yang lain.

Antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syimah adalah :

Jika ingin berjumpa, tidak boleh berdua-duaan.
Jika ingin berSMS, tidak melebihi pukul 12 malam.
Jika ingin berjalan-jalan, harus berenggang.

Syarat-syarat ini dipersetujui oleh Arif. 

Syarat-syarat itu sentiasa dipatuhi Arif dan Syimah. Pada suatu masa, Arif mengajak Syimah keluar untuk mengambil angin di pantai berdekatan rumah mereka. Mereka amat peka dengan syarat-syarat yang dikenakan untuk bercouple.

Tiba-tiba, datang seorang kanak-kanak ke arah mereka.

"Kak, kenapa akak jalan berenggang dengan suami akak? Akak bergaduh ke?" Tanya budak tersebut.

Syimah menjawab "Tidak dik, kami bukan bergaduh. Kami pasangan couple secara halal. Jadi berenggang ni antara syarat untuk kami bercouple dik".

Budak tersebut masih bingung, lalu dia mengajukan satu lagi soalan kepada pasangan tersebut.

"Couple secara halal? Maknanya kita boleh halalkan zina dan maksiat lah kak? Setahu saya, couple ni antara peringkat-peringkat zina". 

Ending.

Kisah ni bukan adaptasi daripada kisah benar, tapi idea daripada rakan ana, cuma ana olah sikit supaya penyampaian yang berbeza dapat diambil oleh orang yang berbeza. Uslub dakwahkan harus dipelbagaikan. Kenapa ending dia macam tu je? Sebab ana nak kalian fikir sendiri, apa reaksi Syimah dan Arif.

Ana nak minta maaf kalau cerita yang ana buat ni tak menarik atau bosan. Ana tak biasa menulis cerpen. Harap dapat dijadikan iktibar bersama dan dapat pesan kepada yang masih belum jelas lagi hukum COUPLE.

Tajuk entri agak kontroversi, jangan confuse. ZINA dan COUPLE itu hukum tetapnya HARAM.



You May Also Like

4 comments