Tempahan : Doodle Pengantin

by - December 23, 2013

Alhamdulillah.

Rezeki daripada Allah. Setelah hampir setahun ana tak ambil dan tak menerima tempahan, tapi sekarang tiba-tiba dapat tempahan daripada sahabat ana. Tempahan Doodle Pengantin.



Soalnya, ana takde masa langsung tahun ni nak lukis doodle atau design. Ana stay asrama, laptop pula tak bawa. Memang tak gerak lah blog ni.

Tapi insyaAllah tahun depan ana akan teruskan berblogging, tetapi tidak sehebat blogger-blogger tegar diluar sana, yang blogwalking tiap-tiap hari, hehe. Memandangkan sekolah ana dah benarkan bawa laptop tahun hadapan, jadi ana akan bawa Netbook 1 Malaysia ni untuk membantu ana sedikit sebanyak.

Sekarang ni kan musim cuti. Ana tahu ramai orang sedang mencari doodle-doodle pengantin nak meriahkan lagi hari perkahwinan tu. Kalau ade doodle ni senang, boleh letak dekat kad jemputan, banner, bunting, button, sticker dan lain-lain.

Di sini sahajalah entri buat kali ini. Doodle pengantin dekat entri ni tidak dibenarkan diambil oleh mana-mana pihak sebab ni tempahan khas, Allah Maha Mengetahui. Tambahan pula, ana dah letak watermark! Hehe.

Kalau berminat boleh tempah dengan ana.

You May Also Like

4 comments