Sekolah Dah Dekat

by - December 25, 2013

Betul tu, sekolah dah semakin menghampiri kita. Orang english kata "It's just around the corner", betul?

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Man khoroja, fi tolabil ilmi, fahuwa fi sabilillah
mafhumnya : Siapa yang keluar, dalam menuntut ilmu, maka dia di jalan Allah"

Sumber : Google

Ana tak pernah perasan pun diri ni tidak lama lagi akan mencecah 17 tahun dan bakal menjadi calon spm 2014 insyaAllah. 17 tahun itu agak matang juga, tapi ana rasa diri ana belum matang.

Ana rasa diri ana belum matang dari pelbagai aspek, samada zahiriah mahupun lahiriah. Memang sukar nak jadi matang. Umur meningkat tidak beerti kita semakin matang bukan?

Tahun depan bakal menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran yang baru dekat sekolah ana. Kadang-kadang pernah terfikir, adakah aku layak untuk lakukan semua ni? Adakah aku mampu? Adakah aku perlu?

Wallahu a'lam.

Yang pasti, ana akan cuba sebaik mungkin untuk menempuhi segala liku-liku kehidupan sebagai seorang pemimpin, seorang da'ei, seorang pelajar, seorang anak, seorang hamba dan seorang sahabat.

Kalian yang masih bersekolah pulak macam mana? Dah bersedia nak kembali ke sekolah? Hehe.

You May Also Like

3 comments