Saya Nak Gwiyomi

by - May 26, 2013

Gwiyomi, gwi gwi gwiyomi. Haha apa kes ni ? Boleh dikatakan trend pada masa kini, sorrylah sejak Azhunk duduk dekat KISAS, lambat update sikit hehe.


Pasal Gwiyomi ni pun baru tahu semalam, sebab kawan Azhunk, Adam yang beritahu.

Semasa dekat kisas jadi penyokong team drama ke kebangsaan, anak teacher tu selalu nyanyi "Gwi gwiyomi", mula2 Azhunk ingatkan dia tengah melalut. Dan Alhamdulillah team drama mendapat tempat KETIGA kebangsaan. Tempat pertama dimenangi oleh Sultan Alam Shah.

Berbalik kepada tajuk pula, Saya nak gwiyomi ? Jangan salah faham, bukan Azhunk yang nak gwiyomi. Memandangkan sekarang kita berada di dunia alam maya, jadi Saya tu merujuk kepada blog. Manakala gwiyomi merujuk kepada comel kan ?

Perasan tak perubahan blog ni ? Aish, mesti kalian tidak perasan sebab kalian pendatang baru dekat sini, tapi yang lama confirm perasaan, terdapat SEDIKIT perubahan. Azhunk nak bagi blog ni nampak kemas, teratur dan tidak serabut. Inilah hasilnya.

Itu saja post kali ni.

Dekat youtube ada banyak sangat video-video orang buat cover gwiyomi tu. Nasihat dari Azhunk, kalau perempuan yang bertudung tu tak payah buat lah, walaupun nampak ayu tutup aurat semua, tapi kalau buat aksi macam tu, hampeh.

Tapi bagi azhunk gwiyomi paling cute adalah di bawah. Jom saksikan !

You May Also Like

2 comments