Kecewa Kali Ke...

by - May 28, 2013

Kali ke ? Azhunk sendiri pun taktahu, tapi nak buat macam mana, memang itu lumrahnya. Adat perlawanan pasti ada menang dan kalah.

Haritu Azhunk ade masuk pertandingan Falak , iaitu membina laman web falak. Benda ni lain dari sebelum ni tau, sebelum ni pertandingan membuat blog, jadi guna je hosting yang dah disediakan oleh blogger, kira senang.


Tapi yang falak ni kena fully HTML, guna base al-azim, tapi content dalam dia semua kena buat sendiri, kod widget and bla bla. Sekolah Azhunk, menghantar 2 kumpulan wakil untuk pertandingan mencipta laman falak.

Kumpulan Azhunk yang terdiri daripada 3 orang, iaitu Amir Adli, Amir Ikhwan Haniff dan Azhunk Awang.

Kumpulan satu lagi terdiri daripada muslimat form 5.

Apa yang menggembirakan adalah KISAS mendapat tempat kedua dalam pertandingan mencipta laman web falak tu, tapi bukan kumpulan Azhunk yang menang. Kumpulan yang menang adalah kumpulan muslimat. Sedih kan ?

Muslimat ade geng restu, siap ada laptop sendiri, kiteorang harapkan makmal bestari sahaja. Tapi alhamdulillah cikgu Aina beri kiteorang pegang kunci makmal best. Ade suatu hari tu kiteorang balik jam 2 pagi semata-mata nak siapkan laman web tu, tapi tak siap jugak. Susah gila, kena explore benda baru.

Nak masukkan file and folder semua ke dalam hosting, amatlah rumit. Azhunk tak pernah buat benda tu sebelum ni, tapi Alhamdulillah dapat siapkan juga. Walaupun tak menang, Azhunk tetap bersyukur juga sebab diberi peluang untuk cuba. InsyaAllah tahun depan menang ok !

Laman Web Team Azhunk

Laman Web Team Muslimat

Tekan pautan di atas untuk tengok laman sesawang yang dah kitaorang buat.

You May Also Like

0 comments