Tips Nak Hilangkan Stress

by - July 06, 2012

Stres Stres Stres ?


Apa itu stres ? Stres ni boleh dikategorikan sebagai emosi yang terlampau boleh menyebabkan tekanan perasaan. Kalau stres terlampau-lampau kan boleh menyebabkan kita menjadi gila.

Yelah, sebagai remaja dah banyak juga lah pengalaman yang Azhunk lalui. Salah satu daripada adalah stres dalam kehidupan. Tapi Alhamdulillah  Azhunk ade cara tersendiri untuk tangani stres ;)

Insya-Allah berkesan.

Jadi hari ni Azhunk nak kongsi satu tips untuk menghilangkan stres. Kalau ade pembaca-pembaca kategori orang bekerja mahupun pelajar yang sedang menghadapi stres, bolehlah cuba amalkan tips-tips ini ;).


  • Lihat Alam Semula Jadi 
Kalau Azhunk stres kan ? Mesti Azhunk tengok alam semula jadi, terutamanya yang berwarna hijau tu. Rasa tenang je. Korang boleh tengok pokok-pokok di bukit, hutan, rumput yang menghijau, pantai, ombak, air laut yang biru dan juga angin yang membuai di tepi pantai.
  • Dengar Lagu
Kalau Azhunk stres, Azhunk akan dengar lagu-lagu yang harmoni. Tidak digalakkan lagu-lagu rancak, macam rock ke. Sebab nanti akan mengusutkan lagi minda. Azhunk suka dengar lagu ni dan lagu-lagu sama 'waktu' dengannya. Kalian boleh dengar dekat bawah ;)

  • Tidur
Kalau Azhunk jarang amalkan ni. Tapi kadang-kadang terjadi dengan sendiri. Apabila Azhunk stres, Azhunk akan duduk dalam bilik diam-diam sambil duk fikir masalah tu banyak kali. Kadang-kadang terasa letih lalu tertidur dan Alhamdulillah, setelah bangun.. Azhunk dah dapat melupakan masalah tu ;)
  • Mandi
Mandi ni bagus, sebab ia boleh menyejukkan badan, sama jugak dengan berwudhu'. Berwudhu' dapat menyejukkan dan meredakan kemarahan kita. Jadi kadang-kadang bila Azhunk stres, azhunk akan biar masalah tu flow in my mind and mandi. Azhunk cuba tak tunjuk stres.
  • Menangis
Haaa yang ni, mungkin korang kate, kalau laki takkan nak nangis. Tak macho la katakan.. Macam budak-budak. Menangis ni adalah sejenis anugerah yang Allah kurniakan kepada kita. Kita akan terseksa kalau tidak menangis.  Menangis juga salah satu alternatif untuk kita menyihatkan mata

Cara Azhunk menangis
- Bukak music sedih macam dekat atas
- Fikir tentang masalah
- Fikir kesalahan yang Azhunk buat
- Dan tanamkan azam untuk memperbaik pulih
- Air mata akan keluar dengan sendiri ;) 

Bak kata Aini Nazierah, "Air Mata Keinsafan" ;)
  • Buat Benda Bodoh
Ni Azhunk paling suka, untuk korang yang suka control macho/ayu or matured. Disarankan tak payah baca yang ni, sebab sudah tentu korang tak sanggup buat. Untuk orang jenis Happy Go Lucky tu bolehlah ;). Buat gila.. Kalau Azhunk stres, mesti azhunk buat-buat gila, cakap merapu dan gelak sorang-sorang. Kadang-kadang Azhunk buat benda bodoh macam dekat bawah ;P


  • Ceritakan Masalah
Yang ni Azhunk amalkan, kalau ade masalah, Azhunk tak teragak-agak akan ceritakan/luahkan secepat mungkin kepada orang terdekat. Contohnya kepada kawan baik. Ataupun kepada diary Azhunk sendiri, iaitu blog Azhunk World ini ;)

Itu sahaja, syukran jazilan kepada sesiapa yang baca habis entri ni, kalian dah menghargai penulisan Azhunk ;)

You May Also Like

0 comments