Lawatan Kelas 2 Sina "11"

by - June 05, 2012

Keseronokon yang teramat sangat dikongsi bersama-sama pelajar kelas 2 Ibnu Sina pada tahun lepas, tahun 2011 semasa lawatan sambil belajar selama 3 hari 2 malam kalau tak silap Azhunk. Lawatan tersebut sudah mengukir memori yang sukar hilang di ingatan Azhunk, dan mungkin juga pada pelajar-pelajar lain yang turut serta. Apa yang istimewanya, lawatan itu bukan sahaja disertai oleh pelajar 2 Ibnu Sina sahaja, malah ada juga pelajar dari kelas lain dijemput turut serta ;D Malangnya :( Tidak semua pelajar 2 Ibnu Sina yang menyertainya.

Apa-apa pun boleh dikatakan gembira juga lah kerana itu lawatan pertama Azhunk bersama rakan-rakan sepanjang lebih setahun mengenali mereka. Lawatan ini disertai oleh pelajar kelas 2 Ibnu Rushd, 2 Ibnu Khaldun dan majoritinya pelajar 2 Ibnu Sina di Kuala Lumpur.

Banyak tempat menarik yang kami kunjungi sepanjang lawatan ini, tetapi bagi Azhunk, yang paling seronok adalah Times Square (TS) dan Bukit Gambang Waterpark (Taman tema air yang baru sahaja dibina di Pahang). Kalian pernah pergi ke Times Square? Azhunk tahu mesti semua pernah pergi dan tahu pasal tempat tersebut kerana ia merupakan Shopping Complex bergabung dengan tempat permainan khusus untuk pengunjung-pengunjung datang untuk bergembira.

Semasa masuk tempat game fair dia tu kan, semua jenis permainan Azhunk cuba bersama rakan2. Selepas cuba semua tu, then tiba turn nak naik kereta kabel. OMG my first time riding this cable car, my heart feels like wanna blow up. Rasa berdebar teramat. Tetapi rupa-rupanya SERONOK sekali !

Lepas tu main kereta langgar pulak, yang ni lucu sekali. Azhunk dan kawan-kawan main kereta langgar banyak kali. Lepas habis main then keluar and beratur balik macam anai-anai beratur duk usung gula. Haha lebih kurang 4/5 kali jugak lah duk main2 kereta langgar, dush dush hahaha !

Kesian kat orang chinese tu, kena langgar oleh puak kami. Tergamam dorang, tak kenal siapa, dari mana then datang langgar tiba2 haha ! then kiteorang gelak besar le.

Wadie,  Shafuan, Luqman

Asyiknye dia dengar lagu..


Ulama senyum duck face, Hanif Ulama'
(sebenarnya bibir dia berdarah, Azhunk nak tunjuk dekat dia then suruh dia senyum gitu then Azhunk tangkap gambar, last2 jadi gini haha)

Wadie pose maut

Kat sains mende tah

Cantekkk !


Amir, Wadie, wehh mau kena langgar ka ?

Besaunya kapal haha , (kapal atas darat)




Nazirul buat apa dekat belakang tewww?

Ahnaf, Azhunk, Hakimi

Best woo main sini, dekat Times Square !

Okey, tanganku haha, tu tengok pass mau masuk.

Ahnaf, Azhunk, Afiq, Hakimi

Mentang-mentang beli lampu laser, tu main tembak2 namplohdas dekat dinding sambil tutup lampu, adoyaii. haha

Pengalaman ni amat bermakna bagi Azhunk dan teman-teman. Harap pada tahun ini, 2012 dapat diadakan lawatan lagi bersama-sama mereka =D Insya-Allah !

You May Also Like

0 comments