Kenapa Segalanya Berubah ?

by - June 22, 2012

Jom baca sebuah cerita Azhunk nak kongsikan ;) Kisah Benar Berlaku Kepada Seorang Insan ;)
Semasa kecil, aku selalu disayanginya, semua yang ibu bapaku buat sentiasa menyenangkan hatiku. Mereka sentiasa mendengar luahan dan menjawab pertanyaanku. Aku rasa sungguh gembira. Tatkala aku disakiti sama adik beradik lain, ibu bapalah yang menjadi pelindungku, mereka memarahi sesiapa yang menyakiti ku.

Apa saja yang aku inginkan akan dibeli, ayah selalu berkata " Kalau nak minta ayah belikan perkara kebaikan berkaitan makanan, pelajaran (buku alat tulis) dan lain-lain lagi, beritahu saja.  Akan ayah tunaikan"   Segala permintaan aku tidak dikecewakan. Ayah menunaikannya dengan rela hati dan gembira :)

Jika dulu, aku sering bertanya kepada ayah tentang alam semula jadi, beliau sentiasa memberikan jawapan dan menunggukan saat aku mengajukan persoalan. Jawapan yang diberi oleh beliau sangat bermakna dan aku ingati sehingga sekarang.

Jika dulu, Ibu sentiasa menasihati aku, bermanja denganku dan mendengar luahan hatiku. Ibu tidak pernah lupa untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Mengajak aku meronda-ronda dan pergi ke rumah kawan beliau bersama motor lampu bulat.

Tetapi sekarang saat aku meningkat remaja. Seperti  yang umum ketahui, remaja perlukan bantuan untuk menyelongkar identiti sendiri, perlukan perhatian yang lebih dan perlukan segala-galanya untuk hadapi saat sukar ini. Tetapi kenapa mereka berubah ?

Ayah tidak lagi pedulikan kehendakku, jikalau aku memohon sesuatu, beliau pasti dengan berat hati ingin menunaikannya. Adakah aku sudah tidak penting lagi baginya ? Adakah aku hanya menyusahkannya ?

Saat sekarang, jika aku menanyakan sesuatu persoalan kepada ayah, beliau mesti jawab "tak tahu" atau tidak memperdulikan pertanyaan aku. Adakah soalan aku begitu sukar untuk dijawab ? Ataupun begitu bodoh untuk dijawab ? Atau ayah sudah benci akan soalan aku ?

Ibu sekarang sudah tiada masa bersama anak-anak, ye aku faham setelah bergelar nenek sudah pasti berlaku kekangan masa. Tetapi takkan sedikit pun tidak boleh mendengar isi hatiku ? Menasihatku ? Jika aku ingin berkongsi luahan kepada beliau, mesti beliau buat tak endah je ataupun tidak mendengar. Betapa kecewanya hatiku yang begitu teruja ingin meluahkan sesuatu.

Jika dulu kalau aku kecundang, atau kalah. Sudah pasti Ibu dan Ayah menjadi pembakar semangat untuk membuatkanku terus berjaya. Tetapi sekarang mereka sudah tidak lagi memberikan kata-kata yang boleh menjadi perangsang buat diriku tetapi mereka hanya tahu melarang aku, memarahi. Di mana kata-kata yang selalu menjadi pengubat hati ku dulu ?

Itu sahaja, perasaan yang aku alami sekarang amatlah sukar ! diibaratkan semua orang tidak memperdulikan aku di saat aku memerlukan :L Mungkin di masa hadapan mereka sedar yang aku amat memerlukan mereka.

You May Also Like

0 comments