Doaku Tidak Dibalas

by - June 01, 2012


Perkara yang common bagi seluruh umat Islam, perkara ini sentiasa menjadi persoalan dan kadang-kala menimbulkan rasa ragu-ragu akan kebenaran terhadap agama.

"Kenapa doaku tidak dimakbulkan?"
"Kenapa acapkali aku berdoa, satu pun tidak ditunaikan"
"Adakah tuhan tidak menyayangi aku ?"
"Adakah tuhan membenci aku ?"

Pernah tak persoalan di atas terukir di bibir anda? Kalau pernah, saran Azhunk ubahlah. Janganlah berkata demikian, sungguh itu akan mewujudkan rasa putus asa untuk berdoa.

Ada beberapa faktor doa kita tidak dimakbulkan Allah.

Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.”


  • Tidak Istiqamah
  • Berdoa tidak mengikut caranya
  • Berdoa hanya di mulut sahaja
  • Berdoa tanpa usaha
  • Dosa yang dilakukan terlalu banyak
Tidak Istiqamah, yang ini selalu berlaku kepada kita contohnya yang bakal menghadapi peperiksaan/ujian. Mereka hanya memohon doa kepada Allah apabila ingin menghadapi ujian, tidak pula pada hari biasa. Kita seharuslah istiqamah. Sentiasa berdoa. Contoh, jika kita berdoa untuk sentiasa sihat dan sembuh. Berdoalah setiap masa, jangan tunggu sakit dahulu baru hendak berdoa untuk kesembuhan dan kesihatan jasmani dan rohani.

Tidak mengikut cara? Kita haruslah berdoa mengikut cara-cara, sunnah yang ditetapkan. Apa yang Azhunk tahu adalah

  1. Berdoa ke arah kiblat
  2. Mengangkat tangan atas paras bahu
Hanya di mulut sahaja? Jangan hanya tahu mengeluarkan kata-kata sahaja contoh. Perkara ini seringkali berlaku disebabkan sifat riak dan ingin menunjuk-nunjuk. Ada juga sesetengah individu berdoa di hadapan khalayak, tetapi di belakang, tidak pernah memohon sesuatu dari Allah.

Berdoa tanpa usaha? Ingatlah, Allah yang merancang kita yang melaksanakan. Jadi berdoa tanpa usaha itu adalah doa yang sia-sia sahaja. Jika ingin berjaya, berdoalah dan berusaha seperti mengulangkaji pelajaran, membaca, membuat nota dan lain lain lagi.

Terlibat dalam kancah maksiat? Jangan mengharapkan doa kita dimakbulkan. Ubahlah diri dahulu, muhasabah diri dan perbaiki yang mana patut. Jangan pula pergi disko tiap2 hari dan berdoa nak suruh kaya ? Adakah Allah nak tunaikan ? Tidak.

Dari Anas r.a katanya:”Rasulullah saw bersabda:”Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah:”Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.”

Tidak lupa juga, jenis-jenis doa. Kita tidak boleh mendoakan akan keburukan seseorang, jangan sesekali !

Kata-kata Ustaz Azhar Idrus (UAI) : Jika Allah tunaikan semua doa-doa kalian di muka bumi ini, cuba fikir apa akan jadi pada kehidupan ? Kucar kacirlah, fikir sorang tu nak rumah banglo 200 tingkat, sorang tu nak tanah 300 bidang, sorang tu nak duit RM40000.
(Ayat diedit sedikit tetapi membawa maksud yang sama)

Sumber gambar : Google 

You May Also Like

0 comments