Maulidur Rasul 2012

by - February 04, 2012


Esok ye maulidur rasul, bukan hari ini, Maulidur Rasul beerti Kelahiran Pengutus. Iaitu kelahiran tak lain dan tak bukan Nabi Muhammad SAW.

Baginda dilahirkan pada 12 Rabiulawal , tahun gajah =D dan esok 12 rabiulawal bersamaan dengan 5 Februari 2012. Kiranya esok ulang tahun nabi Muhammad lah.

Ape yang kita perlu buat pada hari Maulidur rasul ?

Adakah perlu buat party ?
Perlu tiup lilin ?
Perlu tempah cake ?
Perlu berpesta ?

TIDAK ! , ape yang kita perlu buat adalah mengingati baginda dengan menghadiahkan selawat ke atas rasul.

Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'
Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim'


Senang sahaja kan ? Tak bazir walau sesen pun ! Ini menunjukkan agama Islam tidak sama sekali menyusahkan kita, padahal kalau kita nak fikirkan jasa Nabi Muhammad, memang tidak terhitung banyaknya terhadap kita semua, umat Islam.

Menurut WIKIPEDIA Tentang Maulidur Rasul :
Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala
.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Maulidur ni asal perkataannya adalah Walid, walid itu anak lelaki. berkenaan lahir gitu lah, jadi Mawalidur bermaksud Kelahiran kalau tak silap Azhunk =D

Itu sahaja entri kali ini, harap bermanfaat !

You May Also Like

0 comments