Kenapa Selalu Salah !

by - February 03, 2012

Azhunk selalu je buat salah dalam ape2 perkara. Kadang-kadang Azhunk sendiri tak tahu dimana silapnya perbuatan/percakapan/penulisan Azhunk yang tidak menyenangkan kawan-kawan ..

Dalam fikiran Azhunk, Azhunk cuma fikir KAWAN ni tempat nak luahkan perasaan yang kita pendam. Luahkan segala cerita-cerita yang ada dalam fikiran. Dan juga tempat untuk menemani kita saat kita memerlukan.

Tapi kenapa bila Azhunk luahkan dekat sesetengah rakan Azhunk, kadang-kadang dorang kata Azhunk ni suka luahkan benda. I don't know which part is wrong. Mungkin juga kena berpada-pada kan, kena luahkan 30% je.

Dan satu lagi, kalau Azhunk terasa, memang Azhunk akan beritahu dorang terus. Azhunk tak suka simpan benda dalam hati ! Azhunk tak suka pendam kemarahan. Mungkin sebab tu Azhunk ceria sokmo ! Muka tak serious, po budok kecik "Bab kata sesetengah insan ..."

Kadang-kadang, Azhunk rasa macam Azhunk tak dihargai pun oleh mereka, Azhunk ni tak penting, without me,they will have a better day. Azhunk buat blog pun ade yang kritik, padahal kawan sendiri. Cuba fikir ape kita rasa kalau kita buat benda, then orang beritahu benda2 negatif kepada kita.

Buat blog sebab nak cari populariti
Buat blog sebab nak menunjuk
Buat blog sebab nak duit
Buat blog sebab blablablablaaaa !


Selalu je ade tomahan negatif yang mereka berikan, kenapa perlu jadi begitu ? Salah ke Azhunk nak buat blog ? Salah ke nak ceburi bidang yang lain dari dorang ?

Kenapa Azhunk buat blog? tadi Azhunk dah beritahu, nak luahkan masalah kat dorang, macam2 benda dorang fikir dan taknak dengar luahan Azhunk. Jadi Azhunk buatlah blog sebagai medium untuk menggantikan teman-teman di sekolah.

Satu lagi, ade jugak kawan ni dia suka malukan kawan sendiri di depan orang ramai. I don't get it why they could do those. Setahu Azhunk, sebagai kawan kita kena BACKUP bukannya menjatuhkan maruah kawan kita. Okay first of all, Azhunk nak minta maaf andai Azhunk ada memalukan korang depan orang ramai.

Perasaan ni mudah terasa (SENSITIF) ! Azhunk tak tahulah jika ade salah seorang dari kamu yang takde perasaan, buat jahat pun tak rase ape2.

Kalau mengikut fikiran Azhunk sekarang, Azhunk nak sangat jadi macam orang lain. Macam kawan2 Azhunk yang disukai ramai, macam Hanif, Aswadi, Amir, Luqman, Nazirul, Afiq dan semualah. Semua orang suka dekat diorang, dah la bijak.

They have a great day everyday, but not me, bukan Azhunk tidak bersyukur apa yang Allah beri, tapi Azhunk berharap lah kehidupan Azhunk boleh berubah ke arah lebih baik dari sekarang ! Kalau korang baca entri ni, tolong sentiasa doakan supaya Azhunk jadi lebih tabah, lebih baik, lebih peramah.

I will try to change myself ! Untuk menjadi teman yang baik =D Azhunk kena jadi much open minded, jangan terlalu sensitif dan tak akan mengacau orang tanpa sebab dah ! InsyaAllah ! Azhunk nak ubah dah personaliti, tengok lah sendiri, no more Azhunk yang dulu!

You May Also Like

3 comments