Pangkat Pendakwah

by - January 21, 2012


Siapakah pendakwah ? Engkau atau aku ? Bagi Azhunk, kita tidak perlukan ape2 untuk menjadi daie. Apa yang kita perlukan adalah usaha sahaja. Pangkat akan diberi kemudian. Jika kita menyebarkan perkara Islam dengan benar dan tepat, kita sudah boleh digelar sebagai PENDAKWAH.

Subhanallah,
Sungguh indah agama Islam, Tidak perlu menghabiskan bertahun2 untuk mendapat pangkat. Satu saat sudah membolehkan kita mendapat pangkat sebagai PENDAKWAH.


<->
Di atas adalah status di Facebook AZHUNK WORLD
<->


Ayuh kita layan entri Azhunk kali ini pula. PENDAKWAH , apakah itu ? Menurut kajian dan penyelidikan Azhunk sendiri,

Pendakwah asalnya perkataan dakwah, dan dakwah adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud panggil, seru,. Jadi pendakwah pula merujuk kepada penyeru atau pemanggil kan ?

دعوة


Ye tepat sekali ! Jadi dakwah dalam Islam bermakna menyeru orang lain melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Walaubagaimanapun, terdapat perkara yang istimewa bagi agama Islam, dimana agama lain dan organisasi mahupun tamadun tidak boleh menandinginya. Iaitu pangkat.

Pangkat ini menunjukkan ketinggian darjat seseorang kan ? Bagi tuhan, manusia kaya dan miskin sama sahaja darjatnya, yang membezakan darjat seseorang bagi Allah adalah, keimanan seseorang itu terhadap Allah.

Cuba kamu fikir,

Untuk mendapat pangkat sebagai doktor - Berapa hari/jam/tahun yang perlu korang guna ?

Untuk mencapai pangkat guru - berapa banyak usaha yang kamu perlu sumbangkan ?

Tetapi dalam Islam

Untuk mendapat pangkat pendakwah - Satu ayat berkaitan "menyeru masyarakat supaya melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah" sudah memadai untuk anda mendapat pangkat itu.

Anda tidak perlu sijil kelayakan, yang anda perlu adalah menjadi seorang muslim !

Okay ape yang specialnya nak dibandingkan menjadi pendakwah dan guru/doktor ?

Commonly orang kata

"Mendakwah membazir masa sahaja ! kalau kau jadi doktor, dapat duit/gaji !"

Orang yang kata begitu salah sama sekali! Apa tujuan sebenar kita menjadi doktor ? Tujuannya adalah untuk :

- Mendapat Duit (Sudah tentu)
- Membantu masyarakat

Memang betul untuk dapat duit, tapi Azhunk nak tekankan lagi, apa tujuan kita nak dapatkan duit ? Heyy ingatlah wahai manusia, kita hidup di dunia ini hanya untuk mengumpul bekalan di akhirat sahaja !

Jika kita dapat duit, boleh makan, cari tempat perlindungan , melakukan ibadah ! ya ! MELAKUKAN IBADAH.

Tengok tujuannya untuk ibadah juga kan ?

Tapi cuba kamu fikir straight to the result,

Dakwah - berapa percent ganjaran di akhirat kelak ?
Doktor - berapa percent ganjaran di akhirat kelak ?

Mungkin perbezaan tu kerja di atas adalah sedikit tapi kita rujuk balik kepada usaha/tenaga/masa yang kita perlukan untuk laksanakan kerja2 di atas. Yang mana lebih berbaloi ?

See , siapa kata dakwah tidak penting untuk kita.

Islam adalah agama yang flexible , tiada apa yang membawa kebaikan dilarang, kecuali ianya mensyirikkan Allah, dan membawa keburukan kepada kita sendiri.

Tetapi ada tanggungjawab juga sebagai pendakwah, iaitu .. Kita harus memperbaiki diri dahulu , muhasabah diri masing2 ubah ape yang patut.. Apabila rasa bersedia barulah boleh sebarkan kepada orang lain !

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda
“Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:
”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?”
Maka ia menjawab:
”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”

You May Also Like

0 comments