Semangat Blogging Kembali

by - January 07, 2012



Hah ape kena mengena dengan tangga ? Hari ni Azhunk nak beritahu Azhunk ada baca buku dekat perpustakaan tadi, Buku berkisarkan tentang Rahsia Blogger. Sebagai seorang blogger kita harus berminat nak baca2 artikel berkenaan dengannya kan3 ?

Baiklah , dalam buku tu ade banyak isi kandungan yang menarik dan yang penting sekali Azhunk dah tahu apa itu SEO =D. Macammana nak bermain dengan SEO dan sebagainya.

Dalam buku itu jugak ade ajar, cara2 menjana wang menerusi blog ataupun website. Sebetulnya menjana duit menerusi website, laman web atau laman sesawang tidak boleh dijadikan kerja utama, sebagai sampingan bolehlah sebab ia tidak konsisten hasilnya.

Azhunk juga mendapat beberapa pautan menarik , pautan / link website menjana wang menerusi internet, seperti nuffnang, churp churp dan lain2 lagi. Dia siap ajar lagi bagaimana nak daftar kat laman2 tersebut.

Okay ape Azhunk nak beritahu adalah, buku tu telah mengembalikan semula semangat berblog-ging Azhunk yang agak terkubur sedikit. Sebab dalam buku tu dia kata kalau nak buat blog, kita kena ada mission, jangan "Hangat-hangat tahi ayam" je. Okay sampai disini sahaja =D Nanti kalau ade mase, Azhunk akan update lagi !

P/S : Azhunk dah tingkatan 3, InsyaAllah akan menjadi "mangsa" PMR pada tahun ini, malam ni harus siapkan kerja rumah, English ( Essay ) , dan juga Mathematic =D

You May Also Like

0 comments