Tahniah Calon PMR 11 !

by - December 22, 2011

First sekali Azhunk minta maaf sangat-sangat sebab lama tak update sampai korang pun naik bosan bukak blog ni :( . Bukan hapee, Azhunk takde idea nak hapdet. Almaklumlah cuti ni menghabiskan masa dalam rumah je so tak dapat pengalaman baru !

Di sini bermakna sekolah penting untuk kita cari pengalaman sama ada pahit atau manis ;)


Okay ape2 pun ! Result PMR tahu hari ni kan ? Wah mesti berdebarrr dah calon2 PMR tahun nih mase nak tengok result tadi. Ape-ape pun Azhunk tak nak mengomong panjang. Azhunk just nak ucapkan Tahniah kepada calon yang mendapat keputusan yang baik !.

Ape2 pun jangan mentang2 dah dapat 9A/8A , lupa diri dah. Sampai form 4 nanti malas belajar sebab bajet diri pandai. Jangan amalkan macam tu tau ! Sebab PMR ini hanya pencapaian mula2 dalam kehidupan. Ianya hanya untuk beginning sahaja. Jadi teruskan berusaha supaya tidak "tergelincir" daripada landasan.

And satu lagi kepada calon tidak mendapat straight A's, Jangan putus asa tau, banyak lagi peluang kita untuk berjaya dalam hidup. Jangan bazirkan masa dengan mengingati kisah lalu ;) Lagipun pencapaian tetap pencapaian dimana menunjukkan peningkatan di dalam diri seseorang ;)

Baiklah di sini sahaja, bagi semua calon PMR ! Boleh ambil freebies dekat bawah kalau suka ;) Semua yee, not only yang dapat straight A's sahaja =D


http://4.bp.blogspot.com/-fHAFi6yIv3U/TvMHuV697kI/AAAAAAAAAp4/N8hIaIrQdSI/s1600/PMR%2Bdoodle.png

Cepat tampal kat blog korang ! :)

You May Also Like

2 comments