Gerhana Bulan 10 Dec 2011

by - December 10, 2011


Wah ! Bersyukur sangat sebab Azhunk akan tengok gerhana bulan nih ! Mane gerhananya ??Azhunk pun taktau hihii sebab tak nampak dari rumah Azhunk, terlindung oleh pokok hujan.

Gerhana Bulan dengan Gerhana Matahari ni lain tauu !

Gerhana :
Gerhana merupakan satu fenomena yang amat jarang berlaku di alam semesta ini. Yang Azhunk tahu, Gerhana ni terbahagi kepada dua iaitu Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari.

Setahu Azhunk, gerhana bulan akan berlaku pada waktu malam sahaja, manakala gerhana matahari akan berlaku pada siang hari sahaja. Orang kata, semasa gerhana matahari berlaku, kita tak boleh tengok matahari tanpa menggunakan kaca mata gelap, kerana boleh menyebabkan buta.

Gerhana bulan akan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan manakala gerhana matahari pula akan berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi. Boleh rujuk gambar pada post ini.

Gerhana bulan hanya berlaku pada Bulan Purnama sahaja iaitu 14/15/16 HariBulan Kalendar Islam.

Disini Azhunk ingin menegaskan, apa kepentingan Gerhana kepada kita?

Ramai yang buat dekkk je atau tidak mempedulikan kepentingan sebenar Gerhana Matahari ataupun Bulan terhadap kehidupan kita. Kita hanya tahu tengok sahaja.

Gerhana ini membuktikan kuasa Allah S.W.T memerintah dan membuatkan sesuatu kejadian terhadap alam semesta. Allah al-Malik. Allah boleh lakukan apa sahaja kepada alam semesta termasuk menjadikan siang dan malam dan juga mencetuskan fenomena GERHANA.

Subhanallah ! Sungguh hebat ciptaan dan kuasa Allah !

Jadi kita harus sedar, dalam kehidupan ini, semuanya tidak mustahil bagi Allah.

Syukran jika anda sudah membaca post ini sampai disini, seterusnya saya akan menyambung dengan memberikan beberapa panduan solat sunat gerhana bagi yang ingin lakukan.

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA

Solat Sunat Gerhana merupakan Sunat Muakkad

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.


ا صلى سنة خسو ف ا لقم ر ر كـعتين مـأ ممـا لله
تع ـلى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari
ا صلى سنة كسو ف الشمس ر كـعتين
مـأممـا لله تعـلى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala

Untuk Info Penuh .. Sila layari :
http://jheatweb.terengganu.gov.my/maxc2020/appshare/widget/pb_img/37/PanduanGerhanaBulan.pdf

Credit : Wikipedia
www.azhunk97.com

Entri Asal daripada Fanpage Azhunk World

You May Also Like

0 comments