Sesuatu Temeh Perlu Diteliti

by - November 25, 2011

Adakah kita sedar tujuan kita hidup ? Kita hidup adalah untuk beribadat kepada Allah. Sebelum tu, adakah kita ikut syarat-syarat dan adab-adab beribadat dengan betul supaya diterima Allah.


Hari ni Azhunk nak bagi satu contoh iaitu AURAT ! Kita tengok dekat luar sana terutamanya negara Malaysia. Untuk pengetahuan semua, negara Malaysia ni majoriti penduduknya orang Islam. Tapi pernah tak kita tengok cara Islam ?

Okay kakak Azhunk pernah kasitahu Azhunk begini

"Orang2 Malaysia yang islam dekat bandar, walaupun pakai seksi2 buka aurat, tapi solat tak tinggal.. Waktu beribadat dia buat sungguh-sungguh"


Persoalan kepada Azhunk sekarang adalah, adakah Allah menerima ibadatnya walaupun dia beribadat bersungguh-sungguh tapi tidak ikut cara yang betul ? Wallahu'alam.

Yang penting sekali nawaitu iaitu niat kita melakukan sesebuah pekerjaan, adakah kerana Allah atau kerana sesuatu yang lain. Untuk pengetahuan semua, jika kita melakukan perkara yang baik dan niat "KERANA ALLAH TA'ALA", kita akan diberikan pahala.

Di sini membuktikan Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, sebab kita niat sahaja dah dapat pahala. Okay back to tajuk pada hari ini.

Pasal aurat lah kan, banyak sangat orang zaman sekarang pakai tudung kerana fesyen ! Azhunk tak tahu lah nak kate ape, adakah die buat tu kerana Allah ?

Okay yang ni pulak paling penting !

Kalau korang ade kawan tak pakai tudung kan ? Tiba-tiba dia pakai tudung.. Then korang puji Cantik, Menawan semua tu kan.. Boleh ke kita pakai tudung untuk kelihatan lebih menawan, lebih cantik dari dahulu ? Bukankah kita pakai tudung, menutup aurat kerana ingin menutup kecantikan yang ada pada kita (kaum hawa) ?

Azhunk nak beri beberapa pesanan yang mungkin amat berguna untuk korang semua !

Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”


Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.


Di bawah ni Azhunk ambil dari Facebook kak Fara, dia memang banyak post perkara yang berguna !

•.¸♥ Tahukah kamu? Tidak SEMPURNA seseorang wanita tutup AURAT jika ::

✿ Pakaian melekat di tubuh (ketat).
✿ Tudung/jilbab tidak menutup dada.
✿ Tudung balut leher dan menampakkan bentuk leher.
✿ Pakaian nipis dan jarang.
✿ Tidak labuhkan pakaian menutup punggung.
✿ Tidak menutup aurat kaki dgn stoking atau kain labuh.
✿ Tudung sanggul ke atas seperti punuk unta.

You May Also Like

0 comments