Tak Puas Hati Dengan Kau

by - October 02, 2011



Ya Allah.. Geram betul aku apabila orang lain tak boleh faham perasaan aku. Tambah-tambah lagi orang tu buat aku sakit hati. Memang aku dah tak boleh nak kata apa. Dikatakan hampir setiap masa orang tak faham ape perasaan aku sekarang dan ape yang tersemat di dalam fikiran dan dadaku buat masa sekarang.

Hari ini mood aku tak beberapa baik kat sekolah. Aku nak minta maaf dulu kalau ada wat sesiapa sakit hati dengan perangai aku tadi layan "nak taknak" je. Masalahnya aku sebenarnya happy pagi tadi, tapi ade orang buat aku sakit hati then terus je aku rasa takda mood nak happy-happy.


Memanglah sedih dan geram kalau ada orang tak faham ape yang kita maksudkan kan ? Dan tidak pernah cuba nak faham. Tadi dekat sekolah aku memang pantang oran
g hina or mengata dekat aku. Memang aku pernah mengata (dengan tidak sengaja/sengaja) kepada diorang. Tapi yang aku perasaanlah dari dulu sampai sekarang takde lagi aku yang mula mengata. Selalunya orang lain mula dulu then aku balas je.

Ade sorang lagi ni memang bodoh lah (maaf terkasar bahasa). Ade ke patut perhimpunan pun nak berebut taknak duduk kat depan ? Memang bodohlah. Kau takut ape haa ? Jangan risau lah pengetua tak makan orang lah. Main tolak-tolak lah and one more kau tu LEADE
R. Tunjuklah perangai ketua kepada orang lain. Ni nak malu tersipu-sipu kat perhimpunan kalau memonteng sekolah tak malu plak ?

"Maaf aku over sikit. Takde niat nak tuju kat sape. Tapi kalau ada benda camni berlaku kat korang tolong SEDAR"


And sorang lagi ni nak nasihat orang je. Dah ingat cukup bijak dah ke boleh ramal masa depan semua tu ? Taklah ko bukan Tuhan nak ramal-ramal masa depan orang lain sama ada dia akan berjaya ke tidak. Semua manusia tidak sempurna jadi tak perlulah menasihati dengan cara mem
perli atau mengata. Dah lah tak sopan dan nasihat itu tidak langsung berkesan tau ?


Dan yang terakhir sekali aku tak suka iaitu selfish. Dulu masa kecik2 aku selalu ingatke selfish ni jual ikan. Rupa-rupanya PENTINGKAN DIRI SENDIRI. Ramai manusia sekarang ada sikap selfish ni terutamanya yang ada ramai kawan. Dorang takkan fikir perasaan kawan mereka sebab mereka tidak pernah hargai jasa kawan-kawan. Mereka fikir kalau hilang seorang ade lagi berlambak. Tidak begitulah sayang. Kalau hilang atau ada. Sama sahaja yang penting niat seorang kawan tu cari kita. Sebab apa dia nak kawan dengan kita. Sebab ingin mengambil kesempatan atas kelebihan kita atau sebab inginkan teman dan ingin menemani kita ?

Satu lagi tak percaya rakan sendiri. Yang ni sedang berlaku kepada aku sekarang. Ya Allah Ya Rabbi peningnya kepala aku nak fikir semua nih T_T kenapa dia tuduh aku buat semua tu sedangkan aku tak buat malah aku buat perkara untuk kebaikan dia. Dia tak pernah hargai aku tapi takpe aku redha je.

Maaf sekali lagi jika penulisan saya kali ini banyak membuat ramai pihak terasa hati. Saya memang tidak sengaja berbuat demikian. Saya just tulis semua ni sebab nak luahkan perasaan. Lame-lame pendam tak boleh jugak. Nanti nak meletup rasa baik kita luahkan kat blog je. Okay pun okay haha.

Dan akhir kalam.. Saya nak kasitahu kat kawan-kawan or readers yang datang baca ni. Lain kali kalau kita nak hidup berkawan kita bukan sahaja perlu bantu dan meminta bantuan dari dia. Kita juga perlu menjaga perasaan dia. Jangan asyik fikir melulu lebih-lebih lagi fikir perkara yang negatif. Tak baik tau. Okaylah sampai sini sahaja.

You May Also Like

6 comments