Korang Memang Takda Akal ?

by - October 31, 2011


Memang Azhunk kecewa sangat dengan apa yang masyarakat negara Malaysia dah buat. Mereka kalau dah taksub/asyik/terlalu minat dengan permainan seperti bola sepak takkan ingat tujuan mereka hidup apa.. Kenapa mereka hidup dan apa mereka dah buat kepada SAUDARA SEAGAMANYA sendiri.

Semata-mata kerana permainan.. Kite sesama Islam/Masyarakat jadi pecah belah dan bergaduh ? Oh tolonglah. Permainan/perlawanan tu diadakan untuk Hiburan semata-mata. Jadi janganlah korang sampai nak 'bunuh' orang sebab tu.

And satu lagi Azhunk memang benci orang seperti ni.. Maksud Azhunk .. Entri ni lebih specifik lagi kepada suatu sukan iaitu bola sepak. Okay Azhunk nak tunjukkan beberapa situasi yang akan berlaku.

Pergaduhan :

Dekat sekolah Azhunk selalu ada macam ni disebabkan hiburan semata-mata. Maksud pergaduhan di sini tak beerti pergaduhan melalui fizikal.. Tetapi juga pergaduhan bertikam lidah. Selalunya keesokan paginya setelah keputusan result bola sepak keluar.. Dekat kelas Azhunk selalu bising and diorang akan kasi 'boooooooooooooo' dekat orang yang sokong team yang kalah. Korang tak fikirkah apa yang akan berlaku.. ? Kot2 orang yang korang 'boooooo' tu orang yang sensitif.. Dia akan rasa marah dan tak suka kan ? Secara tak langsung boleh cetuskan PERGADUHAN.


Talian Persaudaraan Renggang :
Talian Persaudaraan Renggang pulakk .. yang ni try korang tengok.. Okay azhunk kasi contoh... MIRI VS SEPILOK . Penyokong dua ni takkan bergaul. Jadi tak erat lah hubungan kan ? Diorang akan find orang yang same gang/same thought yang sokong team sama.


Entri ni Azhunk takde nak refer kat sesape tetapi Azhunk just nak marah tengok VIDEO dekat bawah ..



Azhunk bukan sokong pihak yang memukul mahupun yang kena pukul. Azhunk benci dan kecewa. Try korang fikir kenapa yang kena pukul tu bakar benda Negeri Terengganu ? (Azhunk dengar2 lahh).. Azhunk rasa dia bakar untuk hiburan semata-mata dan terlalu minat akan team sokongannya. Tu tengok ? Dia takdak niat nak wat pergaduhan pun tetapi pergaduhan akan berlaku jika kita berotak udang.

Hiburan melampaui batas.. Dan orang yang pukul dia pulak.. Azhunk tak suka jugak .. Takkan sampai nak pukul gitu ? bukankah ada dalam Islam Way kita kena nasihat dulu ? or serahkan kepada pihak berkuasa ?

And Azhunk tak suka juga orang post kat fb .. Diorang post video ni and diorang kata "GANU NELANG" "GANU Hebat". Tidakkah korang fikir yang korang dah memalukan maruah agama Islam iaitu menyebarkan klip saudara seagama bergaduh hanya kerana hiburan ? .

Okay akhir kalam.. Azhunk nak minta maaf kalau ada yang terasa or tak puas hati dengan pandangan Azhunk.. Azhunk hanya sekadar berkongsi sahaja.

You May Also Like

5 comments