Jalan Jalan Dekat i-CITY

by - October 13, 2011

Korang pernah pergi tak i-City? Lah tempat menarik yang baru di Shah Alam. Tempat tu sama dengan satu bandar kecillah. Kalau pergi siang hari memang tak menarik pun. Tetapi kalau pergi waktu malam fuhh bersinar-sinar cahaya dekat situ. Hampir semua benda dekat situ diperbuat daripada lampu/cahaya.

Ada jugak replika dekat i-city tau macam dinosaur and banyak lagi. Hari itu adelah pergi hantar kakak konvo di UIAM. Sambil-sambil tu pergilah lawat-lawat tempat menarik kan haha. so Azhunk pergi dengan family dekat bandar tu.

Masa nak masuk tu tak payah bayar buat first an hour. Tapi lebih dari tu kena bayar kalau tak silap Azhunk RM3 kot. Tapi tahu tak ape? Azhunk masuk Snow Walk. Seorang kena bayar RM25/RM30. Estimate price sekali jaket and but semua dekat RM40 seorang lah.








Nak kasi sikit informasi dalam Snow Walk tue. Dalam tu kalau tak silap suhu dia memang sejuk gilaaa. Nak2 sentuh ais dia lagi sakit tangan. Pedih wuu. Then kan ade igloo.istana.kapal and banyak lagi diperbuat daripada ais. Memang sejuk kalau sentuh. Tak lupa juga ade Ais Glider. Wuhooo yang ni best gile tapi Azhunk sempat try sekali aja.

You May Also Like

0 comments