Pembaca Blog Setia

by - September 26, 2011


Azhunk nak berkongsi satu artikel yang agak menarik dan penting bagi blogger-blogger di luar sana. Artikel kali ini tentang pembaca blog setia atau dalam perkataan inggeris blog loyal reader.

loyal reader ini sebenarnya amat penting bagi menyokong kejayaan sesebuah blog. Kalau takde visitor lain loyal reader inilah yang akan visit blog kita. Loyal reader ini manusia jugaklah. Seseorang itu yang terlalu obses atau minat dengan penulisan atau karya blog seseorang. Jadi bermakna loyal reader ialah pembaca blog yang selalu datang ke blog kita setiap hari untuk menantikan post-post yang menarik

Ada juga saya tengok blog yang "bertaraf tinggi" yang ada banyak loyal reader. Kalau bukak blog yang bertaraf tinggi itu pasti ade orang yang same komen atau visit blog dia setiap hari. Loyal reader bukan visit setiap hari untuk menarik readers dari blog lain. Tetapi dia datang setiap hari untuk me"layan" artikel-artikel terbaru yang dipost.

Kebaikan ada Loyal Readers :

  • Traffic blog akan meningkat
  • Akan ada yang baca entri kita
  • Akan ada respond dari diorang
  • Kita akan gembira


Nak tahu kenapa Azhunk cakap gembira? Sebab ramai bloggers buat entri berupa asking opinion. Macam menanyakan soalan atau pendapat kepada readers blog diorang. Jadi kalau ada respond dari readers, confirm happy lah kita at least post kita tidak terbiar begitu sahaja.

Okay bagi pendapat Azhunk lah. Azhunk rasa blog Azhunk World ni takde kot Loyal Reader. Sebab readers yang datang semua beza-beza. Maybe diorang datang dengan niat untuk mencari apa diorang nak. Bukan sebab nak tahu kisah terbaru di blog ini.

Tapi tak apalah, Azhunk tidak kesal sedikit pun jika kalian datang untuk tatap tutorials atau entri2 yang dicari disini =D yang penting korang dapat apa korang nak and Azhunk dapat saham pahala for sharing.

Okay setakat ini sahaja. Jadi kepada yang bloggers yang sudah ade loyal reader Azhunk nak ucap tahniah.

You May Also Like

2 comments