Cukai Tambah Nilai ?

by - September 10, 2011



Wah ! Malaysia dah maju eh sekarang, sampai buat Cukai Tambah Nilai. Cukai Tambah Nilai tu cukai "top-up" lah yang korang masukkan lam telefon bimbit tu. Setiap tambah nilai atau pembelian pek sim (Sim Card) akan dikenakan 6 Peratus cukai berkuatkuasa pada 15 September 2011.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. - BERNAMA


PROTES PROTES !!!

Haha gurau je, tak boleh lah macam tu. Kerajaan buat semua ni sebab nak majukan ekonomi Malaysia. "Bersusah-susah dahulu , Bersenang-senang kemudian". Okay lah saya tak mahu masuk campur lah haha jom kita tengok komen-komen diorang tentang cukai ni.

Maaf sumber komen tidak boleh beritahu =D

Kerajaan tiada suara dalam cukai khidmat;
kerajaan cuma selesa terima hasil nikmat.


Golongan Kaya: Pakai Bil
Golongan Sedehana : Pakai To4

Golongan Kaya: Bermanfaat Cukai To4 Naik
Golongan Sederhana : Yang Merana Bayar Cukai


Cukai To4 ?? Aduh..
Pakai surat menyurat jelah pasni.. tp, susah jugak nk g pejabat pos,naik keta or moto, mnyak mahal skrg.. xleh jugak.. pakai burung merpati mcm zaman dulu jelah antar surat :D


Takleh lah tunjuk banyak2 komen haha, okay bagi saya tidak jadi masalah kenaikan/kewujudan cukai telefon prabayar sebanyak 6% sebab saya tidak guna telefon. Kalau yang menjadi masalah tu gunalah Facebook ! Haha semuanya free except Bil Elektrik ngan Bil Internet jelah.

You May Also Like

0 comments