Kemuliaan Bulan Ramadhan

by - August 23, 2011



Entri : MUSLIMIN & MUSLIMAT


Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Adakah kita boleh menyambutnya buat kali kedua ? ataupun sambutnya di dalam tahun hadapan ? Wallahu'alam. Bulan Ramadhan amat istimewa bagi semua makhluk Allah, untuk pengetahuan korang semua penduduk Arab yang bukan islam juga sambut Ramadhan. Ulang ya, mereka sambut bulan Ramadhan, bukan berpuasa :].

Jadi dari itu kita boleh lihat betapa berkatnya bulan yang mulia ini. Orang yang mendapat rahmat Allah iaitu orang yang boleh melihat kemuliaan Ramadhan, yang meraikan Ramadhan dan beramal sebaik mungkin bagi mengisi masanya sambil berpuasa.

Sebelum itu, nak tanya, comel tak banner Ramadhan h0h0. okoklah tanpa membuang masa saya nak bagi sedikit kemuliaan Ramadhan, kelebihan beserta ganjaran.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”


Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ‘Siyam’ atau ‘Soum’ Kedua-duanya berasal dari kata dasar ‘Sa-wa-ma’, di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ‘Lailatul Qadar’ di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Puasa juga boleh menghapuskan dosa-dosa bagi orang yang berpuasa dengan ikhlas bukan kerana dipaksa dan juga mahukan sesuatu.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.”


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”


Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.

Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut

Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.

Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”


Saya pun mencari malam LailatulQadar, sesiapa taknak kan, sama seperti 1000 bulan ! ada juga kata pada malam itu kan, semua pokok akan tunduk macam sujud belaka. Wallahu'alam.

Baiklah setakat ini sahaja entri pada kali ini, saya berharap orang diluar dapat mengisi masa di bulan Ramadhan dengan sebaik mungkin, bukan senang nak boleh berada di bulan Ramadhan, ajal maut di tangan Allah.

You May Also Like

0 comments