Ceramah Motivasi Ustaz Akhwan

by - August 16, 2011

Wah, hari ini kat sekolah ada ceramah motivasi khas untuk form 4 and 2 sahaja, dan nasib baik saya form 2 jadi terpilihlah untuk menyertai majlis itu yang berlangsung selama 5 jam + di dewan makan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq.

Penceramah dia datang dari Kuala Lumpur (kalau tak silap lah), jauh sangat perjalanan dia. Mukadimah bagi majlis ilmu itu sangatlah menarik haha, mula2 agak suspend, ingat ke Ustaz Akhwan cakap benda yang betul, rupa2nya Kalaulah.


Banyak juga informasi berguna yang kiteorang dapat di sekolah tadi. Pertama sekali harus bersyukur ke hadrat ilahi dapat hadir majlis ilmu tersebut. Kan bulan puasa sekarang jadi pelajar tidak beberapa ceria haha.

Ustaz Akhwan juga bagus orangnya, pandai buat lucu. Sekali dia cakap confirm ramai tergelak TETAPI, ada juga dia bergurau agak kasar hahaa tetapi lucu. Tak pasal-pasal ada murid kena tampor (tampor main2) haha.

Yang paling saya suka, mase video Islam tu, dia tunjuk start dari awal sehingga sekarang. Cammana susahnya seorang khalifah ingin menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia, memang touching lah video tu. Kalaulah saya boleh save video itu di dalam pendrive hahax.

Hah ! not to forget jugak, Ustaz Akhwan itu ialah Penasyid Motivator, jadi dia memberi motivasi dalam bentuk nasyid. Suara dia boleh tahan juga, tapi sedap suara saya lagi kot haha Kiddin ! Dia pernah berduet dengan beberapa penyanyi yang boleh tahan lah macam Mawi dan yang lain. Dia juga ada album tersendiri tau, 5 Album, kalau nak dengar cari sendiri. Saya malas nak catat kat sini haha.

Masa dia bagi ceramah tadi, ada lah dia selit2 lagu dia dan lagu orang lain then dia expose the real meaning of the song, yang pasti berkaitan agama Islam lah. Baiklah dekat sini sahaja entri pasal Ustaz Akhwan, tak lupa juga, nak beri blog dia ni.

Visit-visit lah ye, hope your doings bring beneficial to him and others.

BLOG USTAZ AKHWAN AFANDI

You May Also Like

16 comments