Bersahur Dengan Koko Krunch

by - August 09, 2011

Wah ! lame sangat-sangat tak update blog. Bukan sebab sibuk tetapi ketandusan idealah plak. Okay sekarang sementara ada idea saya nak update lah. Nak cerita personal punye haha, selama niy dok berceloteh tutorial ngan perkara umum je. Hal sendiri jarang sekali saya buat.

Pagi tadi, mak masakkan lauk ayam ketchup , maklumlah pagi2 buta nak makan makanan berminyak, confirm rimas kan. So saya tak makan nasi untuk bersahur pagi tadi. Bukan tidak bersahur tetapi tidak makan nasi untuk bersahur.


Saya bersahur dengan bijirin Koko Krunch jea. Sedap lah jugak tapi amaran lah ny, kalau korang nak makan koko krunch , kalau bersahur tu makan dulu makanan lain cam kurma ke, makanan ringan keropok ke. Sebab saya tadi kat sekolah asyik bergendang je perut, dari pukol 9 pagi, bayangkanlah. bertahan lapar bermula 9 pagi.

Kalau bersahur dengan nasi tu tenang la sedikit, boleh bertahan smpai pukul 2 pagi, tapi ni 9 pagi, tapi alhamdulillah boleh juga bertahan. Saya mengisi masa lapang dengan online jea memanjang sampai pukul 6 offline. then mandi, solat semua then tengok tv, Astro Ria, cerita hingga akhir waktu. Lakonan Marshanda.
Memang best actor lah !

Best jugak lah cite tuh, start pukul 6:30 hingga 7:30 so kira boleh lah isi masa sejam dengan layan cite tu. Dengan asyik layan tu dah azan nampaknya, then berbuka lah bersama keluarga dengan ayam golek and TOMYAM ! yummy . air pulak air tebu dan tropicana twister. Memang puas hati, tapi esok kan budget nak sahur nasi dan minum air Horlick :p tengok iklan horlick nampak menarik semacam jea. haha !

Spicy !

golek sama dia !

yeke minum air ni berkhasiat hehe :p

You May Also Like

0 comments