Katak Oh Katak

by - July 01, 2011



Jangan tertukar tau buah dengan katak ! gambar pertama itu buah katak puru namanya, sedap tahu. Kat rumah lama saya ada pokok dia, best juga makan, masam-masam. And gambar bawah pula katak puru. Kat rumah saya ada juga! tetapi tak makan, cuma berkawan sahaja

Kamu semua pernah dengar lagu " Katak Oh Katak " ? Jom kita nyanyi lagu itu sama-sama :].

" Katak Oh Katak
Kenapa Engkau Panggil Hujan
Macam Mana Aku Tak Panggil
Ular Nak Makan Aku
Ular Nak Makan Aku

Ular Oh Ular
Kenapa Nak Makan Katak
Macam Mana Aku Tak Makan
Memang Makanan Aku
Memang Makanan Aku "


Hahaha ! Best kan nyanyi, sebenarnya tu keratan dari lagu "Bangau Oh Bangau". Tak pernah dengar lagu itu ? Tipu lah sebab lagu tu famous tahu , budak tadika siap ingat dalam kepala lagi haha.

Jadi apa pula kena-mengena lagu katak ngan entri saya pada hari ini ? Okay saya nak cerita sikit tentang katak, yang selalu masuk and MENETAP di dalam rumah saya.

Kamu semua tahu tak, jangka hayat katak adalah selama 7 TAHUN. Katak merupakan haiwan unik, masa kecik tinggal dalam air masa besar tinggal atas darat



Jom kita masuk dalam cerita pula !

Rumah saya selalu ada katak, kat tandas, RUANG TAMU, dapur. Boleh dikatakan setiap korner rumah ada katak. Katak ni biasanya dikenali dengan nama "nama puru" dan "katak pise" orang kelantan haha. Maklumlah saya kan tinggal di luar banda "Betulke luar bandar?", so adalah katak kat dalam rumah.

Paling seramnya, bila nak tidur, ada katak pisang melompat-lompat kat RUANG TAMU! "saya tidur di ruang tamu je, xde bilik". And kat tandas, memang wajib ada, nak ambil berus gigi, fuh ! terkejut ada katak sedang menyorok huhuu !

Ada satu lagi ini, masa nak basuh pinggan selepas makan, ADA KATAK DI TEPI SINKI ! Gelii dong ! Rumah kamu semua pernah ada katak ? haha, kalau ada tu, tangkap jela. Jual kat orang yang mahu beli. Ada orang kata, daging katak sedap, kaki dia rasa cam kaki burung puyuh :]

Rasa kat sini jelah entri saya pada hari ini. Haha entri ini tak adalah berfaedah sangat, hanya sekadar berkongsi cerita tetapi at least korang boleh tahu berapa jangka hayat seekor katak :] ! and korang juga boleh bezakan binatang dengan buah.

You May Also Like

3 comments