Selamat Hari Bapa

by - June 19, 2011


Sempena hari bapa pada tahun 2011 , saya ingin membuat satu entri khas kepada sesiapa sahaja di luar sana khususnya kepada bapa-bapa. Apa yang dimaksudkan dengan bapa ? Bapa ialah insan yang sepatutnya bekerja untuk menyara keluarga. Bapa juga lebih dikenali sebagai KETUA KELUARGA di mana memberi pengajaran sepatutnya kepada anak-anak mereka.

Pernahkah kamu fikir pengorbanan bapa terhadap kamu ? Penat lelah insan yang bergelar bapa ini bekerja sehari suntuk hanya untuk memastikan kamu hidup senang ? Bapa yang beriman tidak akan pernah mengeluh melakukan kerja halal untuk mencari nafkah bagi keluarganya.

Istilah bapa di dalam islam pula adalah membawa maksud kita mempunyai pertalian persaudaraan yang erat dengan seseorang samada ia adalah pertalian darah (nasab), persemendaan, susuan ataupun angkat.

Di dalam al-quran, firman Allah S.W.T ketika mengisahkan anak-anak Nabi Ya’qub yang berkata:

“Kami menyembah Tuhan Engkau dan Tuhan bapa-bapa engkau Ibrahim, Ismail dan Ishaq, Tuhan yang satu dan kami berserah kepadaNya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 133)


Dari segi susur galur para Nabi, Nabi Ismail adalah bapa saudara Nabi Ya’qub tetapi Al-quran menyebut bapa. Kalau kita kembali kepada hadith awalan tadi, perkataan ‘bapa’ boleh membawa seerti dgn bapa saudara seperti yang dimaksudkan dlm ayat al-quran itu tadi. Nabi S.A.W juga menyebut 'bapa' sebagai menggantikan perkataan 'bapa saudara'. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Anas R.A bahawa ketika rasulullah S.A.W ditanya oleh seorang lelaki yang bertanya baginda di manakah bapanya? Lalu baginda S.A.W menjawab:
“Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.” (Riwayat Muslim dalam kitabul Iman, hadith ke 347)

Perkataan bapaku (an abi) di sini merujuk kepada bapa saudara nabi muhammad S.A.W, Abu Talib yang meninggal dunia dalam kekufuran.

Hari bapa ialah hari dimana anak-anak dan isteri-isteri perlu mengenang jasa yang telah dibuat oleh bapa. Sekurang-kurangnya para bapa akan berasa dihargai atas pengorbanannya. Di samping itu, pada hari bapa kita juga dapat mengukuhkan lagi hubungan antara insan.

Jom kita baca azam Saudari Aini terhadap bapanya :]

assalamualaikum =)


~ SELAMAT HARI BAPA ~

Alhamdulillah , saya still dapat jumpa , salam n cium bapa saya ..
bapa ? oh tidak , sy panggil beliau abah ..
sy SAYANG sangat2 kat beliau ..
tanpa dia , tader la saya kat atas dunia ni ..

erm , bila sy sedih .. beliau akn slalu datang dan nasihatkan sy ..
tmbh2 , bila berkaitan dengan lelaki .. he's always stand beside me and give me advice about this life
beliau yg banyak menyedarkan sy tentang hidup ini ..
dia tak ajar .. tp , dia buat and daripada ci2 lar sy belajar ..
tengok beliau bekerja siang malam tanpa pernah mengeluh .. membuatkan hati sy sedih ..

for my dad , i PROMISE that i'll study hard n make u happy with my result !

satu perkara yg abah perlu tau ,
tempat mu di hati ini tak kan pernah boleh diganti dengan mana2 lelaki di dunia ini ..
jasamu , kecekalanmu , pengorbananmu , kesungguhanmu dan kesabaranmu untuk mendidik anakmu yang nakal ini tak kan pernah ku lupa ..
sebagai seorang anak yang paling nakal / tak dengar kata , kak minta maaf banyak2 kat abah =)

I LOVE U , ABAH ..

mekasseh abah ! jasamu tak kan pernah boleh ku balas tp , kak akan ingat sampai bila-2 ..


Apa yang kalian semua tunggu lagi ? Ambillah peluang sementara bapa anda belum lagi kembali ke rahmatullah. Kepada sesiapa yang sudah tidak berbapa, sentiasalah berdoa akan mereka nescaya tuhan mendengar doa-doa kamu :].

Tanggungjawab anak kepada ibu bapa mereka terbahagi kepada dua iaitu :

1 )Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu bapa dan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya.

2 )Manakala apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menzirahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibu bapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

Sesungguhnya Rasulullah bersabda : “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”


“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada ) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu” pesanan daripada Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.


Berdasarkan Hadith Nabi:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”


Kamu dilarang sama sekali membenci bapa kamu sejahat mana pun dia kerana dia tetap bapa kamu. Tanpa bapa, tiadalah kamu di dunia ini.

DaripadaAbu Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya:“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”


Kredit : Saudari Aini

SELAMAT HARI BAPA !!

You May Also Like

2 comments