Kisah Seorang Penangguh

by - June 18, 2011


Apakah erti penangguh ?
Penangguh ialah manusia yang suka menangguhkan kerja padahal dia tidak tahu apa yang bakal menimpa dirinya kelak. Biasanya penangguh akan menyesal parak pada kemudian hari. Contohnya seseorang pelajar yang selalu menangguh kerja sekolah, pada hari cikgu menginginkan kerja tersebut, pelajar itu akan berasa serabut akan kerja yang tertangguh.

Bagaimana pula dengan agama ? Ibadah itu tiang agama. Terutamanya solat, solat merupakan perkara wajib bagi setiap muslim dan merupakan kewajiban utama bagi muslimin dan muslimat. Solat hendaklah didahulukan berbanding perkara lain.

(الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي

Ertinya: " Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah" ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)


Sila baca cerita di bawah yer.

Ada seorang remaja bernama Fadli. Pada suatu hari ketika azan zuhur berkumandang, kedengaran ibu Fadli memanggilnya supaya mengerjakan solat zuhur. Ibu Fadli berkata " Fadli, sudah azan, pergilah tunaikan solat" Lalu Fadli menjawab " Kejap la ibu, masa zuhur kan banyak lagi, nanti Fadli solatlah".

Ibunya terus mendesak Fadli yang berada di dalam bilik supaya mengerjakan solat. ( Ketika ini, Fadli sedang asyik bermain permainan komputer ). Oleh kerana tidak tahan mendengar rungutan ibunya, Fadli terus menjawab " Baiklah mak ! ". Fadli menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Setelah selesai mengambil wudu' , Fadli kembali ke komputernya untuk melihat notification di FACEBOOK.

Oleh kerana keasyikan Fadli menyambung kembali berfacebooking, Azan Asar telah pun berkumandang. Fadli berbisik di dalam hatinya " Lajunya masa bergerak, tetapi tidak apa, aku masih muda, masih banyak masa untuk bertaubat, hanya tinggal satu waktu tidak menjadi masalah".

Pada keesokan harinya, perkara yang sama berlaku. Lalu ibu Fadli menyuruhnya supaya membeli gula di pasar berdekatan rumahnya. Fadli hanya mengikut kata-kata ibunya itu. Secara kebetulan, Fadli meninggal dunia pada hari itu juga kerana dilanggar dengan kuat oleh sebuah kereta.

Niat Fadli ingin bertaubat tidak kesampaian, bolehkah anda fikir dimana destinasi Fadli seterusnya? Wallahu'alam.

Cerita di atas hanya rekaan semata-mata, tetapi anda boleh mengambil banyak teladan dari kisah di atas. Jadikanlah cerita di atas sebagai pedoman hidup. Dan sebagai seorang muslim, tunaikanlah kewajipan kita secepat mungkin. Segalanya boleh berubah dalam masa 1 saat.

Jika ada pertembungan di antara kerja dengan solat, maka kerjalah solat dahulu.

(سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي

Ertinya: " Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu" ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)

You May Also Like

7 comments