Bersyukurlah !

by - June 23, 2011


Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita. Iaitu cerita berkenaan "Bersyukur Penting Dalam Kehidupan". Apa maksud syukur ye ? Dalam kamus dewan edisi ke-empat, syukur bermakna terima kasih. Dari segi istilah pula syukur bermaksud menggunakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dengan tujuan mentaatiNya. Dari pandangan saya pula syukur beerti menghargai pemberian orang lain dengan menggunakannya sebaik mungkin ^_^.

Perasaan syukur hendaklah ikhlas timbul di dalam hati seseorang. Kita tidak boleh bersyukur dengan menilai pemberian yang kita terima. Salah satu cara mahu memanfaatkan pemberian orang lain ialah gunakan pemberiannya sebaik mungkin dan jangan menilainya dari luaran.

Jika kita diuji oleh ujian Allah, kita juga harus bersyukur, tabah dan tawakal kepadaNya. Terdapat beberapa firman yang dinyatakan di dalam Quran kenapa harus kita bersyukur. Jom kita lihat firman-firman tersebut di bawah:-


1)Kita diciptakan oleh Allah supaya bersyukur.Ini selari dengan firman Allah S.W.T
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui apa pun,dan Dia memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"
(An Nahl:78)
2)Sesuatu kaum yang bersyukur tidak akan diazab oleh Allah
مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَآَمَنْتُمْ وَكَانَ اللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا


"Mengapa Allah mahu menyiksamu,jika kamu bersyukur dan beriman?Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui"

(An Nisa:147)

3)Allah akan menambahkan nikmat kepada orang-orang yang bersyukur

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ


"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih"."

( Ibrahim: 7)

4)Kebaikan bersyukur itu untuk kebaikan manusia itu sendiri.Jika kita tidak bersyukur,kita sendirilah yang akan rugi.

وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ


"Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

( Luqman: 12)

Sedangkan Rasulullah s.a.w pun sentiasa bersyukur,apatah lagi kita sebagai hamba yang kerdil ini.

Terdapat dalam Sahih al Bukhari, dari Aisyah ra, dia berkata: "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berdiri solat (malam) hingga kedua kaki beliau bengkak." Lalu Aisyah berkata kepada beliau, "Kenapa engkau lakukan ini, ya Rasulullah, bukankah Allah telah mengampuni dosamu yang lalu dan yang akan datang?" Lalu beliau menjawab:

أَفَلَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا


"Tidak bolehkan aku senang menjadi hamba yang bersyukur." (HR. Bukhari)



SUDAH CUKUP JELAS KAN ?

Sekarang, ayuh kita baca sedikit cerita yang menyiratkan beberapa pengajaran !

Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.

Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.

Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.

Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.

Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.

Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.

Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.



P/S: Sentiasalah beringat, Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian ! Sesuatu yang berlaku pasti akan ada balasan yang menunggu kelak. Allah akan memberikan hidayah kepada semua hambaNya yang beriman kepadaNya !!



Kredit : Iluvislam , UsrahWihdah

You May Also Like

0 comments