Kisah Persahabatan...

by - January 10, 2011

Apa Itu Persahabatan?

Persahabatan adalah satu talian atau hubungan yang menghubungkan dan merapatkan kita dengan seseorang.. Semua mesti pernah lalui persahabatan .. dan tahu apa tu kan .. saya konfem 100% semua yang blogger ni tahu .. kalau tak tahu cuba angkat tangan ! hehe :P

Seseorang itu juga atau lebih lagi dikenali sebagai, TEMAN .. Teman memainkan peranan penting bagi kita, untuk berjaya, kita memerlukan teman .. Dan adakah anda pasti persahabatan anda dengan teman anda boleh kekal selamanya ? Jom baca skit sinopsis rekaan saya sendiri di bawah .. (Sorry Kalau Tak Faham/Best)


Kisah ini diambil dari cerita "Fox And The Hound" .. Permulaannya memang sedih.. dan 1/4 pada mulanya sedikit gembira .. Lalu bersambung dengan perasaan rindu terhadap teman .. dan 3/4 sungguh sedih dan akhir sekali mempunyai penutup yang amat gembira.. Ibu kepada seekor musang sedang berlari sambil membawa seekor musang yang bernama TOD .. Ibunya sedang lari menyelamatkan diri mereka dari anjing pemburu & pemburu .. Ibunya telah sorokkan TOD di tepi pagar.. dan menarik perhatian pemburu.. sejurus kemudian.. Ibunya ditembak dan meninggal dunia.. (anak musang lebih kurang 2 bulan) ... Lalu datangla seekor burung hantu yang baik hati.. Burung hantu itu dikenali sebagai Big Mama .. Burung Hantu yang sangat baik hati ... Burung hantu itu dan kawan2nya yang lain berfikir macam mana ingin menyelamatkan si TOD, mereka membuat keputusan untuk menyerahkan TOD kepada seorang wanita tua yang tinggal berhampiran dengan menggunakan cara mereka tersendiri.. Lalu TOD dibesarkan oleh wanita tua itu dengan penuh kasih sayang.. Dan pemburu tersebut telah membawa pulang dan memelihara seekor lagi anjing pemburu yang sebaya TOD (Jadi dia ada 2 Anjing Pemburu).. TOD merayau-rayau di kawasan hutan lalu bertembung dengan anjing sebayanya itu bernama Coffer...(Tak reti eja name :P) .. Mereka berdua menjadi kawan baik.. selalu bermain bersama2 .. tetapi masa dan suasana mereka terhad kerana seperti yang anda tahu.. Musang vs Pemburu kan :P hehe .. Setelah tiba musim luruh.. Anjing besar dan coffer di bawa oleh tuannya ke tempat lain sementara menunggu balik musim bunga.. TOD menunggu coffer dengan sabar pada setiap detik.. TOD selalu rindu akan coffer.. Coffer menjadi "anak emas" pemburu itu kerana dia lebih cekap dari anjing yang besar bernama Chief.. Chief menaruh sifat dengki akan Coffer.. Setelah MUSIM bunga.. Mereka semua datang balik ke tempat TOD dan wanita tua itu.. TOD sangat gembira sekali dan merancang ingin bertemu Coffer ketika Chief dan pemburu itu tidur.. tapi malangnya Coffer telah berubah dan tidak boleh menerima TOD sebagai kawan lagi.. TOD sangat sedih.. Dan tiba2.. Chief tersedar dan menyalak akan TOD .. TOD berlari sekuat mungkin kerana dikejar oleh pemburu dan anjing (Chief) .. Setelah tiba di landasan keretapi .. TOD terselamat dari dilanggar manakala Chief jatuh ke bawah dan mengalami kecederaan teruk ! .. Coffer sangat marah akan TOD kerana telah mencederakan Chief.. Coffer berjanji akan memburu TOD sampai dapat .. Pada keesokan harinya.. pemburu itu datang dengan marah kerumah wanita tua.. dan dia memberitahu "Takkan awak nak jaga musang tu selama-lamanya !" .. Wanita Tua itu mengambil keputusan untuk meletakkan TOD ke dalam sebuah HUTAN .. Di hutan itulah TOD bertemu jodohnya, Pixie dengan bantuan Big Mama ^^) .. Sangat Romantik.. Dan selepas itu, suasana romantik bertukar menjadi mimpi ngeri kerana TOD & Pixie diburu oleh Coffer dan pemburu itu .. Dalam perjalanan untuk melarikan diri.. Coffer dan pemburu telah diserang oleh seekor beruang yang garang..TOD telah menyelamatkan Coffer dari diserang oleh beruang tersebut.. lalu hubungan mereka baik kembali.. tetapi di situ sahaja kali terakhir mereka berjumpa.. dan TOD hidup bahagia bersama Pixie..

So , awak semua tahu tak kenapa saya nak ceritakan semua ni ? sebab semasa saya menonton cite ni (memang saya suka animasi :P) "air mata saya mengalir perlahan-lahan.. tapi saya rasa jarang orang akan berasa sedih apabila tengok cerita begini.. kerana yang berasa sedih itu ialah orang yang memahami perasaan.. dan prihatin.. ^^) (Maaf kalau terasa xD) ..

Persahabatan memang mudah dicari.. dan apabila telah lama ditinggalkan mungkin semuanya akan berubah.. :) (kalau tak pham tak apa) ..

P/S: Harap Anda Dapat Manfaat Dari Cerita Ini
Credits : Picture - Google

You May Also Like

0 comments