Sahabatku Hingga Akhir Hayat

by - December 20, 2010




Sahabat
Muncul kau ibarat pelangi
yang menyinari hidupku sehari-hari,
hadirnya kau satu kurnia,
yang membimbingku ke jalan yang benar.

suka duka sering kita berkongsi,
antara kita tiada rahsia,
terpahat dalam hati ini,
kau sahabatku dunia akhirat.

sahabat,
setahun berlalu ibarah sesaat,
sayang seribu kali sayang,
sangkaku tiada rahsia antara kita,
bijaknya kau sembunyikan rahsia.

ketiadaanmu terbongkar sebuah rahsia,
peritnya hati tidak tertanggung dengan dugaan ini,
perginya kau tiadalah sebahagian diriku.

aku bangkit untuk teruskan perjuanganku,
kan ku terus berlari untuk mengejar impianku,
rebah sekali bukan selamanya.

sahabat,
moga kita diketemui semula,
Padang Masyar menanti kita disana,
Al-Fatihah untukmu disana...

nukilan~maysara qalesya

You May Also Like

0 comments